Peminat Nasi Lemak, Anda Kena Cuba 8 Kedai Ni!
Hanan Latip
6/6/2024
Salah satu menu makanan Malaysia yang tak lapuk untuk dicuba dan menjadi nadi pilihan selera tidak kira buat warga tempatan mahupun pelancong yang bertandang ke Malaysia, pastinya nasi lemak menjadi pilihan utama. Acap kali dimakan sebagai sarapan pagi, tetapi kini tidak lagi kerana ia juga dimakan pada waktu tengah hari dan makan malam lagi-lagi jika craving! Tetapi, adakah anda sudah mencuba nasi lemak digerai yang kami kongsikan? Ini Senarai 8 kedai nasi lemak yang anda kena datang!
1. Nasi Lemak Bumbung

Anda pernah dengar Nasi Lemak Bumbung? Kedai ini terletak di kawasan hotspot Petaling Jaya, berada di tepi jalan dan buka hingga tengah malam! Kerana inilah yang menjadikan ramai pelajar dan penduduk tempatan sering datang ke kedai ini.
Nasi lemak di sini dimasak mengikut style mamak. Jika datang ke sini, jangan lupa untuk makan nasi lemak bersama telur mata separuh masak! Sesuai sangat dimakan bersama air teh tarik. Pasti anda tersandar kekenyangan dengan makan yang sedap dan cukup rasa ini. Tak salah rasanya untuk cheat day sekali-sekala.
Alamat: 6, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 4pm hingga 12am (Setiap hari)
2. Nasi Lemak Kak Chuk

Nasi Lemak Kak Chuk ini juga popular dalam kalangan warga Kuala Lumpur dan Selangor. Asalnya, ia terletak di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru tetapi kini telah berpindah ke lokasi baharu. Harga nasi lemak di sini juga murah dan berbaloi!
Ayam goreng berempah yang cukup rasa dan enak. Juga terdapat pilihan lauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan sambal sotong. Anda pasti terkesima dengan sambal yang dimasak kerana rasanya seimbang antara manis dan tidak overpower. Ada juga yang membandingkan kedai ini dengan Nasi Lemak Wanjo. Bagi sesiapa yang pernah cuba pasti boleh ketahui perbezaannya.
Alamat: 1 Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7am hingga habis, 5.30pm hingga habis (Selasa - Ahad)
3. Nasi Lemak Ujang Corner

Bukan orang Selayang jika anda tidak pernah datang ke sini. Kedai ini telah bertapak lama lebih sedekad dan tidak dapat dinafikan antara nasi lemak yang sedap dan wajib untuk dicuba. Antara menu yang wajib order ialah nasi lemak sotong. Ada juga pilihan lauk yang lain seperti lauk sambal, rendang dan kari. Ramai yang gemar ke sini kerana sambalnya yang sedap kerana ia dimasak lama dan anda boleh rasai umaminya!
Alamat: Gerai MPS, No. 1, Jln Batu Caves, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor dan Bandar Baru Selayang, Selangor (Landmark: Stadium MPS)
Waktu Operasi: 4pm hingga 12am (Isnin), 8am hingga 12am (Selasa - Sabtu), 8am hingga 3pm (Ahad)
4. Nasi Lemak Warung Bunian
Anda pernah lihat nasi lemak yang luarnya dibungkus dengan telur dadar? Di Warung Bunian ini, anda akan disajikan dengan nasi lemak sebegini seakan-akan nasi goreng pattaya! Rata-rata yang datang ke sini tertarik untuk mencuba kerana keunikan yang disajikan. Jadi, anda bila hendak pergi ke sini?
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 4300 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 7.30am hingga 2pm (Isnin - Khamis), 7.30am hingga 11am (Jumaat - Ahad)
5. Nasi Lemak Burung Hantu

Bagi sesiapa yang tiba-tiba craving nasi lemak di tengah malam, anda boleh datang ke Nasi Lemak Burung Hantu yang terletak di TTDI kerana ia dibuka hingga jam 3 pagi! Sesuai sangat bagi yang individu sejenis ‘burung hantu’ dan ingin mencari tempat makan.
Bagi sesiapa yang pernah cuba makan di sini, pasti pernah merasai nasinya yang berlemak, rasa sambal seimbang rasa pedas dan manis. Ditambah lagi dengan pelbagai jenis pilihan lauk yang pasti akan membuatkan anda menggamit memori masakan ibu! Uniknya, sesiapa yang membeli nasi lemak pasti diberikan sekali sayur kangkung. Memang berbaloi bagi sesiapa yang datang. Kini, NLBH telah membuka cawangan terbaru di Hartamas. Jadi, mudahlah bagi sesiapa yang tinggal berdekatan.
Alamat: 19, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5pm hingga 4am (Setiap hari)
Alamat: No 1-G, Wisma CKL Jalan 22A/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam (Setiap hari)
6. Nasi Lemak Bang Sudu
Pemilik kedai ini terkenal kerana memulai perniagaannya di tepi jalan sambil membuat live di TikTok dan menjual nasi lemak yang berharga RM1 sahaja! Kini, Bang Sudu telah membuka restoran di Sungai Buloh yang menyediakan nasi lemak berlauk dan lontong.
Ramai food reviewer juga pempengaruh telah datang ke sini dan mencuba nasi lemak di sini, rata-rata mengakui nasi lemak di sini memang diyakini sedap, pedas dan kena dengan selera orang kita! Kini, Bang Sudu turut menjual paste sambal nasi lemak yang boleh dibuat masakan seperti sambal nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan sebagainya. Bagi anda yang ingin merasai nasi lemak tersebut, boleh cepat-cepat datang!
Alamat: Bandar Seri Coalfields, 15, Jalan BSC 2B/1, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi: 10am hingga 8pm (Setiap hari)
7. Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Orang KL tidak asing lagi dengan kedai Nasi Lemak Wanjo kerana sudah bertapak lama sejak tahun 1960-an di Kampung Baru. Ramai orang gemar datang ke sini kerana rasanya yang kekal sama dengan cita rasa asli walaupun telah melebihi 60 tahun bertapak di sini.
Nasi lemak wanjo enak dimakan kerana nasinya berderai dan dipadankan dengan sambal yang tidak terlalu pedas. Anda bebas memilih banyak lauk-pauk seperti sambal sotong, ayam masak merah, ayam goreng berempah, daging dan ayam masak rendang, sambal kerang, sambal paru dan sebagainya. Lokasinya juga mudah untuk diakses bagi pengguna public transport.
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6am hingga 12am (Setiap hari)
8. Og Street Kitchen

Di sini ada menyediakan pelbagai jenis nasi lemak yang berbeza jika dibandingkan dengan kedai lain. Menu di sini menggunakan nama yang unik seperti cikmak biasa, cikmak telur ate, cikmak ciken chop, cikmak ciken skin, cikmak copong dan banyak lagi. Kalau keliru tanya saja pada pekerja di situ.
Mereka mempunyai pelbagai jenis lauk-pauk seperti sotong, chicken chop dan baby crab yang boleh dipilih! Di Og Street Kitchen ada menyediakan portion saiz biasa dan saiz besar jadi mudahlah bagi sesiapa yang membawa keluarga atau kawan dan mereka juga tak kedekut makanan. Pasti anda akan kenyang seminggu setelah makan!
Alamat: ThePort MY, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 5pm hingga 11pm (Khamis hingga Selasa)
Untuk membaca artikel Halal Food yang lain: