Juadah Kenangan Ramadan: Cita Rasa Warisan, Eratkan Ikatan Ukhwah
Marini Mat Zain
2026-02-27
Ramadan tiba lagi. Semestinya Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan saban tahun. Saat ini lah semangat mengeratkan ukhwah tiba, bukan hanya melalui solat dan ibadah, tetapi juga di meja makan bersama keluarga, rakan, dan komuniti.
Juadah Kenangan Ramadan, tema dibawakan Pullman KLCC, mempersembahkan pengalaman berbuka puasa yang menghidupkan nostalgia cita rasa warisan tempatan. Dengan pelbagai juadah tradisi yang menggamit kenangan dan 23 stesen masakan secara langsung, lebih 200 hidangan disajikan bukan sekadar memuaskan selera, tetapi turut menyatukan hati.

Dalam suasana bazar yang meriah dan penuh kehangatan, para tetamu berpeluang berkongsi cerita, tawa, dan detik-detik manis bersama orang tersayang. Ini adalah masa untuk berhenti sejenak dari kesibukan harian, menghargai momen yang ada, dan mengeratkan lagi ukhwah yang menjadi inti Ramadan.
Pengalaman ini juga memberi ruang untuk mengenang semula nilai kesederhanaan, kesyukuran, dan kasih sayang yang sering dilupakan dalam kehidupan moden, sambil menikmati hidangan yang kaya dengan budaya dan tradisi Malaysia.

Bertempat di keseluruhan kawasan laluan masuk hotel, suasana yang diwujudkan menyerupai budaya bazar Ramadan yang amat digemari, lengkap dengan elemen nostalgia, kemeriahan dan semangat komuniti. Antara menu jadi kegemaran kami adalah Sup Ekor Sapi, Gear Box, Ikan Patin Masak Sambal Tempoyak Bera, Live Mud Crab dan banyak lagi.
Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ia bukan sahaja mengalu-alukan tetamu tempatan malah pelancong antarabangsa untuk menyelami tradisi Malaysia melalui bufet yang meraikan kepelbagaian gastronomi negara.
Butiran Acara
Tarikh: Sekarang – 20 Mac 2026
Masa: 6.30 - 10 malam
Harga: RM278 seorang dewasa | RM139 seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun) | Kanak-kanak di bawah 6 tahun makan percuma
Tempat: Sedap Restaurant, Lobi, Pullman KLCC