7 Makanan Viral di Bangi & Kajang
Hanan Latip
5/1/2025
Penduduk sekitar Kajang dan Bangi pasti sudah biasa dengan kedai makan yang ingin kami kongsikan pada artikel kali ini. Tujuh kedai makan dengan berbagai cita rasa bakal memudahkan anda untuk membuat pilihan makanan yang kena dengan tekak.
Anjung Hijau Lin Swandee
Sekiranya anda mencari tempat makan baru dengan ruang parking dan makan yang luas, boleh singgah ke restoran ini. Anda boleh bawa seisi keluarga untuk menjamu selera bertemankan suasana pepohon menghijau. Apa yang lebih menarik, anda juga bakal dihiburkan dengan live band yang membangkitkan lagi suasana. Pelbagai menu sarapan boleh anda dapatkan di sini dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 47427, Jalan Sungai Merab, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 7 pagi hingga 2 petang
Bidadari Turun Malam Cafe & Ruang Seni
Seperti uniknya nama kedai makan ini, kawasannya juga terhias indah dengan rona putih dipadankan dengan lampu yang menghidupkan lagi suasana malam. Mereka menyediakan ruang makan indoor dan outdoor. Selain hidangan Barat dan Melayu, anda juga pasti teruja dengan adanya live band yang bertujuan menghiburkan pelanggan yang datang.
Alamat: Lot 9396, Batu 18, Jalan Reko, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 petang hingga 11 malam
Souqapasta
Buat pencinta hidangan pasta, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menjamu selera di restoran ini. Souqapasta adalah milik Akie Jack, seorang pempengaruh makanan di Malaysia. Variasi hidangan pasta terhidang di sini yang antaranya adalah carbonara, aglio olio, tomyam berkrim, pesto dan banyak lagi. Jika anda mahukan kelainan, boleh cuba Samyang Pasta yang menggabungkan cita rasa pedas Korea dengan krim berlemak yang amat sesuai buat peminat makanan pedas. Harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan saiz hidangan yang diterima pelanggan.
Alamat: E-G-1, Street Mall Bangi Gateway, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi hingga 10 malam
Soodap Fish n Chips
Soodap Fish n Chips adalah hasil inspirasi seorang chef bersama isteri yang telah menetap selama 10 tahun di Dublin. Hidangan fish n chips mereka boleh dibanggakan kerana mendapat tempat di hati ramai yang sanggup beratur demi mendapatkan makanan ini. Salutan ikan yang rangup dengan isi ikan yang lembut, ditambah pula dnegan sos tartar yang enak, pastinya membuahkan kepuasan.
Alamat: Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11.30 pagi hingga 5 petang
Sate Kajang
Tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba Sate Kajang yang terletak di bandar Kajang ini. Ada banyak jenis sate yang terdapat di sini iaitu sate ayam, sate daging, sate perut, sate hati, sate ikan, sate kambing dan sate arnab bersama menu sampingan seperti nasi impit dan ketupat. Ruang makan besar dan selesa, selain ruang parking yang juga luas tentunya memudahkan pelanggan untuk datang.
Alamat: Jalan Kelab, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 10.30 malam
Jibril
Restoran Jibril juga cukup terkenal dalam kalangan penduduk Bangi dan Kajang dek keunikan yang mereka tawarkan. Bertemakan suasana gelap, dengan hidangan gabungan Barat dan Melayu, setiap hidangan yang disediakan pastinya dapat memikat hati semua. Antara hidangan popular di sini adalah Salted Egg Butter Chicken yang menjadi kegemaran ramai! Anda juga boleh dapatkan hidangan lain seperti ketam, lobster, sotong dan banyak lagi.
Alamat: 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 12 tengahari hingga 12 pagi
Cendol Tokong
Mereka yang tinggal di Kajang pasti sudah lama mengenali kedai makan ini. Buat anda yang tidak tahu, ia terletak di kawasan Tokong Shen Sze See Yar dan menyediakan cendol, ABC, rojak, mee rebus dan macam-macam lagi! Lokasi ini sering kali dikunjungi pelajar, pekerja dan penduduk sekitar kerana harganya yang murah, lokasi yang mudah diakses dan berdekatan dengan MRT Stadium Kajang.
Alamat: 39, Jalan Mendaling, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi hingga 5.30 petang