6 Port Makan Sambil 'Healing' di Sekitar Sekinchan & Kuala Selangor

Hanan Latip

7/12/2024

Anda pernah berjalan-jalan di hujung minggu ke Sekinchan dan Kuala Selangor? Apa yang istimewanya dengan tempat ini? Merupakan lokasi yang popular dengan penanaman padi yang utama di Malaysia. Di sini juga terdapat jalanraya utama iaitu Pesisir Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan penduduk sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Jika anda tidak pernah lagi datang ke sini tetapi tinggal berdekatan, kami syorkan beberapa senarai tempat makan yang menarik di sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang. Teruskan membaca!

1. Warung Ibu Nasi Ambeng

Warung_Ibu_Nasi_Ambeng.png

Jika anda berada atau melintasi di sekitar kawasan Tanjung Karang pasti akan perasan Warung Ibu Nasi Ambeng yang terletak hanya bersebelahan dengan jalan utama. Sesiapa yang sudah lalu, rugilah kalau tak singgah mencuba nasi ambeng yang enak yang menjadi menu utama dijual di sini. Anda hanya perlu bayar sebanyak RM11 sahaja untuk dapatkan hidangan lengkap sebegini. Nasi ambeng akan disajikan set bersama nasi putih, mee goreng, serunding kelapa, sambal jawa dan lauk seperti ayam goreng atau ayam masak kicap.

Menurut Encik Shahril selaku pengurus Warung Ibu Nasi Ambeng, kedai ini mula diusahakan oleh ibunya sejak tahun 2009 dan kini diuruskan olehnya pula. Tambahnya lagi, nasi ambeng di Selangor dan Johor berbeza menerusi lauknya. Makanan warisan Selangor ini wajib dicuba oleh semua. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba nasi ambeng di sini, anda boleh datang mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

Warung_Ibu_Nasi_Ambeng_(1).png

Kebiasaannya di Selangor, nasi ambeng akan di makan dengan ayam goreng atau ayam masak kicap dan kini Warung Ibu Nasi Ambeng menawarkan menu yang baru iaitu nasi ambeng bersama iaitu udang celup tepung! Pasti lazat dan menyelerakan!

Alamat: Lot 216 Batu 6, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Waktu operasi: 10am hingga 4pm (Setiap hari kecuali hari Selasa)

2. Cendol Durian Borhan

IMG_4803.JPG

Tidak lengkap rasanya jika sudah menjamu selera dengan hidangan makanan yang berat tapi tak ada pemanis mulut. Apa kata anda cuba Cendol Durian Borhan yang menyediakan pelbagai seleksi pilihan cendol seperti cendol durian d24, cendol biasa, jagung, pulut, aiskrim vanila, jagung pulut, jagung aiskrim vanila, pulut aiskrim vanila, jagung pulut aiskrim vanila dan juga terdapat pelbagai jenis minuman lain.

IMG_4781.JPG

Kalau anda mencari di mana nak makan laksa, mereka pun ada menyediakannya. Rata-rata yang pernah berkunjung menggemari Cendol Durian Borhan kerana rasanya yang lazat, berlemak dan isi duriannya yang penuh dan banyak! Jika anda memesan cendol durian, pasti anda akan dapat 2 hingga 3 ulas durian! Memang kenyang dan puas hati lebih-lebih lagi jika mencubanya semasa cuaca panas.

Alamat: Batu 2 Jalan Tg Karang, Jln Klang - Teluk Intan, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 10am hingga 6pm (Isnin sahaja), 10am hingga 7pm(Selasa - Ahad) Jumaat tutup

3. Kopi Sawah

IMG_4897.JPG

Slogan yang tertera bagi kedai ini 'ngopi dulu baru ke sawah'. Memang sepadan dengan suasana yang dicipta. Diusahakan oleh 3 sekawan pada awalnya hanya berangan-angan untuk membuka gerai tepi jalan dan kini mereka telah mampu membuka sebuah kedai yang aesthetic dan cantik seperti ini! Pada mulanya, mereka hanya mendapat sambutan dan sokongan dari penduduk setempat setelah dikongsikan di Facebook dan menjadi buah mulut ramai. Kini, kedai ini sentiasa penuh dengan pengunjung yang datang dari pelbagai kawasan terutamanya pada hujung minggu.

IMG_4937.JPG

Di sini, mereka menyediakan minuman dan makanan seperti mocha, cendol, iced chocolate, kopi sawah yang berharga anggaran RM3 ke RM5 setiap cawan. Anda boleh memilih untuk makan menu bergoreng seperti keropok lekor dan kentang bersama nugget. Laksa dan mee kari boleh dijadikan pilhan jika anda inginkan sesuatu yang berat. Char kuew tiaw dan ayam pedas Korea menjadi pilihan utama kami. Menu yang disediakan simple bukan? Tapi apa yang mengejutkan kami semasa mencuba suapan pertama, memang sedap sampai lupa nak tengok rakan sebelah.

Kopi_Sawah.png

Anda juga dapat menjamu selera sambil disajikan dengan keindahan petang di tepi sawah. Satu pengalaman yang luar biasa terutamanya buat warga kota! Bagi anda yang lalu di sekitar sini, apa salahnya singgah sebentar untuk mencuba menu sedap di Kopi Sawah. Bak kata orang, healing sambil berehat daripada kesibukan kerja. Di Kopi Sawah juga ada banyak vendor lain yang menjual makanan seperti pancakes, pelbagai jenis air balang, sate ikan dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Sawah, Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor 

Waktu operasi: 11.30am hingga 7pm (Ahad - Rabu),  2.30 hingga 7pm (Jumaat sahaja), Khamis tutup

Anda boleh menonton travelog ikhlas.com makan angin di sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang.

4. Warung Mee Udang Banjir

Warung_Mee_Udang_Banjir.png
Kredit Foto: Visit Sekincan

Gerai ini antara yang menjadi tarikan ramai sama ada penduduk sekitar dan juga pelancong luar. Untuk pengetahuan anda, udang yang digunakan amat fresh dan besar-besar. Sesiapa yang ingin mencubanya, bolehlah datang ke Warung Mee Udang Banjir ni. Terdapat juga menu lain seperti nasi goreng udang, mee udang dan macam-macam lagi.

Alamat: Batu 10, Jalan Bernam, Kampung Tengah, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Waktu operasi: 12pm hingga 10pm (Setiap hari kecuali hari Rabu)

5. Nasi Goreng Melimpah

Nasi_Goreng_Melimpah.png
Kredit Foto: Visit Sekincan

Nasi goreng melimpah, apa tu? Bagi anda yang tidak tahu, kedai ini menawarkan pelbagai variasi nasi goreng dalam portion yang besar! Sesiapa yang makan di sini pasti ada terduduk kekenyangan sebab nasi goreng dihidang di dalam satu pinggan penuh bersaiz besar. Jika tidak habis, jangan lupa bungkus untuk dibawa pulang ya bagi mengelakkan pembaziran.

Alamat: Lot 15103, Batu 10, Jalan Bernam, Kampung Sungai Sireh Batu Sebelas, 45500 Tanjung Karang, Selangor

Waktu operasi: 12pm hingga 7pm (Isnin-Jumaat), 12pm hingga 10pm (Sabtu-Ahad)

6. Warung Dimyati Roti Canai Pelangi

Warung_Dimyati_Roti_Canai_Pelangi.png
Kredit Foto: Facebook Roti Canai Pelangi

Salah satu kreativiti yang tidak dapat disangkal bagi menarik perhatian penduduk dan pelancong ialah dengan menjual roti canai yang berwarna-warni seperti pelangi! Inilah yang menarik perhatian orang ramai untuk datang dan menikmati menu roti canai yang disediakan. Selain itu, mereka juga menghidangkan menu sarapan yang lain lagi seperti nasi ambeng, nasi lemak, pecal jawa, sate kerang dan kuih-muih.

Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 7am hingga 2pm (Setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat tutup)

Jika anda tidak berkesempatan lagi untuk datang ke sini, luangkan masa pada hari minggu ini untuk healing bersama keluarga dan mencuba makanan-makanan yang ada di sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang.

Baca artikel lain di ikhlas.com