6 Makanan Viral 2024 di Malaysia

Hanan Latip

7/29/2024

Sudah menjadi kelaziman jika ada makanan viral saja, pasti berpusu-pusu yang pergi untuk mencuba sehingga ada yang sanggup beratur panjang di kedai tersebut. Kadang-kala perlu untuk beratur berjam-jam demi mencuba menu agar tidak ketinggalan dengan trend. Jadi kali ini, kami akan kongsikan beberapa menu makanan yang sedang viral sekarang. Anda sudah cuba ke belum? 

1. Cromboloni

Cromboloni.png

Cromboloni merupakan gabungan croissant dan bomboloni yang pernah popular dan hit di media sosial pada tahun 2021. Di dalam manisan ini, ada filling yang manis dan menarik seperti pistachio, coklat, strawberi dan pelbagai lagi. Sebutkan saja perisa yang anda inginkan, pasti ada!

2. Kek Tapak Kuda

Kek ini dikatakan berasal daripada negara tetangga kita, Brunei dan telah viral kerana namanya yang unik di samping kek ini didatangi dengan intinya yang banyak. Di mana-mana anda pergi pasti ada yang menjual kek tapak kuda. Kek ini diberi nama kek tapak kuda kerana bentuknya yang seakan-akan tapak kuda dan intinya krim coklat nutella yang diisi dalam jumlah yang banyak! Kini, telah terdapat banyak perisa yang boleh didapati seperti krim coklat, nestum, nutella, matcha, strawberi dan macam-macam lagi.

 

3. Shawarma

Shawarma.png

Shawarma bagaikan ada tempat istimewa di dalam kalangan penggemar makanan sehingga mana-mana anda pergi, pasti ada shawarma! Anda perlu tahu, shawarma di samping isinya yang sedap juga berjus kerana dibakar lama tambahan pula ia diperap dengan perapan yang kaya dengan rempah ratusnya. Dipadankan pula dengan sos seperti hummus, tahini dan yogurt. Bagi rakyat Malaysia, anda pasti akan tambah sos cili untuk memberikan sedikit kepedasan. 

Jangan lupa saksikan travelog ikhlas.com makan angin di sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang.

4. Minuman dan Makanan Berasaskan Matcha 

Matcha.png

Di Malaysia masih lagi ‘laku’ minuman dan makanan berasaskan matcha. Sebagai contoh, matcha tiramisu, biskut matcha, aiskrim matcha, mochi matcha, matcha swiss roll dan pelbagai jenis hidangan lagi. Bagi sesiapa yang menggemari rasa matcha, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba setiap menu yang dikeluarkan. 

5. Wanpaku

wanpaku.jpg
Kredit Foto: Rasa

Jika anda inginkan sandwich yang pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan, anda boleh cari wanpaku! Wanpaku sandwich atau Sando ini mula terkenal pada 2016 di Jepun. Pada awalnya, resepi sandwich ini hanya diisi dengan hirisan kubis yang banyak. Kemudian, ia telah diolah seperti hasil yang anda lihat sekarang! Isinya padat dengan pelbagai jenis sayuran, protein dan sos. 

6. Soft Cookies

Softcookies.png

Soft cookies yang kami maksudkan ialah biskut yang besar, lembut dan chunky! Ada sesetengah beranggapan biskut ini telah masuk angin tetapi tidak ya! Biskut ini sememangnya sememangnya dibuat sebegitu rupa. Soft cookies sebegini telah dijual di merata tempat dan dipadankan dengan minuman susu sejuk. Dan kini, mereka menjual soft cookies di dalam tray foil pakai buang, jadi bentuk biskut tersebut berbentuk segi empat sama dan oval! Unik tetapi sedap!

Dengan adanya makanan sebanyak ini dan mudah didapati di mana-mana, anda tidak perlu gusar lagi kerana pasti tidak akan ketinggalan untuk merasainya. Jadi, anda sudah makan makanan yang kami kongsikan di atas?

Baca artikel lain di ikhlas.com:

Santai Sekitar KL & Singgah di Pucks Coffee

Terlepas Tengok Sakura? Ini 5 Bunga Lain yang Ada di Jepun

[Kopi Bersama IKHLAS Episod 5]: 'Saya Suka Usung Jenazah' Rindu Yang Tak Berpenghujung - Johan As'ari