4 Kedai Masakan Melayu Hidden Gems di Selangor & KL

Hanan Latip

8/23/2024

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan. Cakap saja anda teringin nak mencuba makanan apa, mesti boleh cari terutamanya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau inginkan masakan yang pedas dan kena dengan selera masyarakat Malaysia sudah tentulah masakan orang Melayu. Anda sudah bersedia? Teruskan membaca bagi mengetahui lokasi hidden gems yang baharu di sekitar Klang Valley.

1. Belinjo Cafe 

Kedai yang terletak di Setia Alam, antara lokasi yang sedang membangun dan penuh dengan aktiviti menarik dan kedai makan yang best! Kedai ini dimiliki oleh Nani Rostam, ibu kepada Hanis Zalikha, yang berasal daripada Johor dan sebab itulah menu yang dihidangkan di sini adalah makanan asal selatan! Antaranya lontong darat, asam pedas Johor, nasi ambeng, soto ayam dan lempeng sambal bilis. Jika datang ke sini, tidak sah jika tidak order tauhu begedil kerana resepi yang diolah sendiri oleh pemilik kedai ini! Sesuai sangat untuk dijadikan menu sarapan mahupun tengah hari. 

4_Kedai_Masakan_Melayu_Hidden_Gems_di_Klang_Valley_(2).png

Jika anda inginkan manisan turut terdapat di sini! Ada Nani’s butter cake, lemon poppy seed cake, Matilda chocolate cake dan banyak lagi. Tidak sah la kan kalau tak cuba sekali air kopi. Ada banyak jenis kopi namun yang membuatkan kami teringat-ingat akan Belinjo Cafe ialah air salted caramel latte kerana keseimbangan rasa pahit kopi dan manis salted caramel.

4_Kedai_Masakan_Melayu_Hidden_Gems_di_Klang_Valley_(3).png

Alamat: 29-1F, Jln Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor 

Waktu operasi: 9 pagi hingga 4 petang (Selasa - Ahad) (Isnin tutup)

2. Hening Restaurant

33.png

34.png

Jika sekarang ini anda berada di sekitar Jalan Ampang atau berdekatan dengan kawasan LRT/MRT Ampang Park dan KLCC, anda bolehlah berkunjung ke Hening Restaurant yang terletak di Lorong Damai 1. Hanya 2-5 minit saja dari lokasi di atas. Di sini mereka menghidangkan masakan melayu yang authentic kerana rasanya aslinya memang terbukti!

4_Kedai_Masakan_Melayu_Hidden_Gems_di_Klang_Valley_(5).png

Antara menu yang dihidangkan ialah siakap bakar sambal petai, gulai ikan masin nenas dan ulam-ulaman. Menu bestseller disini seperti paru berlado harus diakui berbaloi dan puas hati kerana sedap dan cukup rasa pedas masinnya, potongan paru yang nipis-nipis dan rangup memudahkan pelanggan untuk makan begitu saja! Uniknya di sini, mereka menghidangkan nasi basmati yang dikukus di dalam daun pisang. Baunya juga wangi. 

32.png

Air seperti air hening senja, hening pagi, hening bayu, dan hening damai telah direka sendiri oleh pemilik kedai bagi menonjolkan sisi lain Hening Restaurant.  

Alamat: Lorong Damai 1, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang (Setiap hari)

3. Kedai Kopi Binjai Nasi Malaya 

kedai_kopi_binjai.png

Masih lagi di sekitar Jalan Ampang, Kedai Kopi Binjai Nasi Malaya ini terletak belakang Banggunan Risda. Kedai ini menyajikan makanan sarapan pagi, tengah hari dan petang seperti pelbagai jenis roti bakar, nasi tradisi seperti nasi minyak, nasi dagang nasi kerabu, dan tidak dilupakan nasi berlauk. Anda bebas memilih untuk makan kari kambing, gulai minang, sup kampung ataupun kerutuk daging. Sedap bukan? Lagi banyak pilihan yang ada, lagi mudah untuk hilangkan rasa craving masakan melayu sebab boleh order macam-macam! 

Alamat: 34 Jalan Belakang Risda, off, Jalan Ampang Kiri, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 petang (Setiap hari)

4. Restoran Patin Place

Patin_place.png

Seperti nama kedai ini, menu utama yang disediakan ialah ikan patin tempoyak. Kuah tempoyak amat pekat dan sedap untuk dimakan. Ikan pula masih fresh dan rasa lembut dan berlemak ikan. Sesiapa yang datang makan ke sini pasti akan berpuas hati dengan makanan yang diberikan kerana mereka hanya menghidangkan yang terbaik untuk pelanggan. 

Alamat: 31, Jalan BPU 5, 14 Miles, Jln Puchong, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor 

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Isnin - Sabtu) (Ahad tutup) 

Jadi apa tunggu lagi, jom cepat-cepat pergi ke kedai di atas bagi merasai sendiri keenakannya yang hanya terletak di sekitar Selangor dan KL sahaja! 

Baca artikel lain yang berkaitan: 

10 Kesalahan Pengantin Selalu Lakukan Sewaktu Majlis

Wardah Membawakan Set Umrah Haji dengan Pensijilan Halal ke Malaysia

Terlepas Tengok Sakura? Ini Bunga Lain Yang Ada di Jepun