10 Kuih Raya Tradisional Pelengkap Syawal Anda!

Hanan Latip

4/2/2024

Keliru nak buat atau beli kuih raya apa sebagai persiapan Syawal anda? Jom tengok 10 jenis kuih raya tradisional sebagai pelengkap Syawal anda. Mesti raya anda lebih bermakna dengan kuih tradisional ini. Jom kita lihat!


1. Kuih Batang Buruk

Anda tahu kenapa kuih ini dipanggil kuih batang buruk? Orang kata, disebabkan rupanya yang berbentuk batang pokok yang disaluti serbuk kacang hijau maka ia kelihatan seperti kayu buruk. 

Kuih ini antara yang terkenal di seluruh Malaysia kerana dijual tanpa mengira waktu. Rasanya yang manis dan sedap menjadi pilihan semua golongan untuk dimakan selalu.


2. Kuih Tart Nenas
10_Kuih_Raya_Tradisional_Pelengkap_Syawal_Anda!_(6).png

Ketika kecil pasti anda mempunyai kenangan membuat tart nenas bersama ibu atau nenek.

Kuih yang lembut bersama isi nenas yang manis membuatkan ia cair di dalam mulut. Kini, ada kuih tart nenas versi moden di mana kuih ini berbentuk seperti nenas!


3. Karas

Mungkin ada yang tidak ingat lagi kuih ini. Kuih yang berbentuk seperti bihun tapi manis dan rangup! Teksturnya rapuh dan manis amat disukai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. 

Kuih karas ini terkenal di negeri utara Malaysia. Cara membuatnya mudah saja, dengan menggunakan acuan kuih karas yang khas, anda dapat menyediakan kuih ini dengan menggoreng ia sehingga warna keemasan. Kemudian, kuih ini diangkat dan dilipat menjadi bentuk seperti kipas. 

4. Kuih Ros10_Kuih_Raya_Tradisional_Pelengkap_Syawal_Anda!.png

Kuih ros atau nama lainnya kuih loyang, kuih goyang dan kuih sarang lebah juga antara kuih raya tradisional yang wajib ada di atas meja nanti! Kuih ini dinamakan kuih ros kerana bentuknya seperti bunga ros. 

Bagi mendapatkan tekstur yang rangup dan rasa yang lemak manis, kuih ros perlu digoreng dengan baik bagi mengelakkan ia hangus. Kuih ini juga dibuat dan dimakan oleh kaum lain semasa Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina. 


5. Kuih Semperit10_Kuih_Raya_Tradisional_Pelengkap_Syawal_Anda!_(3).png

Siapa tidak kenal kuih semperit. Kuih yang rangup diluar tapi gebu dan cair di dalam mulut. Kuih samperit klasik selalunya pada bahagian atas kuih akan dihiasi dengan rainbow rice atau buah ceri merah sebagai pelengkap. Sungguh lazat!

Kuih yang sentiasa dicari ini bentuknya ada pelbagai jenis yang mungkin anda pernah nampak seperti semperit dahlia, semperit klasik panjang, semperit sukatan cawan dan semperit klasik petak.


6. Biskut Suji

Perasan atau tidak, kuih-kuih Melayu selalunya memang mudah untuk dibuat. Antaranya kuih suji yang memerlukan 3 jenis bahan saja, iaitu tepung gandum, gula halus dan minyak sapi.

Kuih tradisional ini sering dihidangkan ketika musim perayaan dari dulu sehingga kini biskut suji atau nama lainnya biskut arab mempunyai tekstur yang sangat lembut dan mudah cair dimulut. Sebab itulah biskut ini antara yang laris apabila dihidangkan di atas meja.


7. Kuih Siput10_Kuih_Raya_Tradisional_Pelengkap_Syawal_Anda!_(1).png

Kuih siput antara kuih tradisional yang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu. Sejak dahulu lagi, kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai. Rasanya yang sedikit pedas, masin yang cukup sudah membuatkan anda makan sehingga kosong balang! Sebab itulah ia menjadi pilihan untuk menjadi kudapan. 
8. Kuih Bahulu10_Kuih_Raya_Tradisional_Pelengkap_Syawal_Anda!.png

Anda pernah berpeluang untuk masak bahulu secara tradisional? Dahulu, bahulu akan dimasak secara tradisional dengan dibakar menggunakan sabut kelapa. Rasanya manis, bau yang wangi dan isinya yang gebu apabila dimakan panas-panas. Kini, kuih bahulu dimasak di dalam ketuhar saja kerana lebih mudah dan dapat dimasak dalam kuantiti yang banyak. 

Sehingga kini, ia antara makanan yang sering dicari dan kekal relevan kerana senang dimakan, manis dan kena dengan selera semua peringkat usia. Kuih bahulu kini telah diubah dengan menepati citarasa moden. Kita boleh dapat dengan pelbagai perisa seperti gula merah, coklat, pandan dan bahulu berinti jem strawberry, coklat, blueberry dan macam-macam lagi!

9. Kuih Tiram

Kuih tiram atau nama lainnya seperti kuih kapal terbang, kuih lidah buaya, kuih bujang lapok dan kuih lidah jin. Unik bukan?

Hanya dengan menggunakan bahan-bahan seperti tepung gandum, marjerin, air, gula dan sedikit garam sudah dapat menghasilkan kudapan kuih tiram. Apabila telah siap dan disalut dengan gula, anda sudah boleh nikmati kudapan ini panas-panas! Sedapnya! 


10. Biskut Sampan

Anda pernah lihat biskut ini? Biskut ini dari tahun 1970-an lagi sudah popular. Biskut sampan dikenali kerana bentuknya yang unik kerana seperti sampan. Bahagian tengah biskut atau inti biskut akan diisi dengan kelapa kering, buah ceri hijau atau merah, nestum atau badam.

Dengan pelbagai pilihan yang diberikan, sudah tentu dapat memberikan anda idea kuih raya tradisional yang mesti anda dapatkan sebagai pelengkap Syawal nanti!