Nikmat Masakan Korea di Restoran Busan Jib, Myeongdong
Ayu Nadirah
2025-09-15
Myeongdong menjadi destinasi mesti singgah buat para pelancong yang suka membeli-belah. Di sinilah terletaknya pelbagai kedai jenama kosmetik terkenal di Korea yang menawarkan barangan dengan harga berpatutan. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan Korea halal di Myeongdong.
Makan-makan di Busan Jib
Antara restoran halal yang popular di kawasan Myeongdong adalah Busan Jib. Rata-rata pelanggan datang ke sini untuk menikmati hidangan barbeku yang sangat enak dengan hidangan daging lembut dan dimakan bersama sos istimewa.
Sebenarnya restoran ini terbahagi kepada tiga bahagian yang menawarkan hidangan ayam goreng Korea, makanan laut dan barbeku Korea. Anda boleh sahaja memesan makanan dari satu bahagian dan menikmatinya di bahagian yang lain. Antara pilihan ayam yang boleh anda pesan adalah Snow Cheese Chicken, Fried Chicken, Garlic Chicken dan Yanggyeom Chicken. Hidangan makanan laut mereka juga segar-segar belaka!


Selain itu, ada juga hidangan popular Korea lain yang boleh anda cuba seperti bibimbap, tteokbokki, kimchi, bulgogi, sundubu jjigae, pajeon, seafood pancake dan ikan bakar. Menariknya makanan di Korea ini, setiap hidangan biasanya didatangkan dengan banchan ataupun hidangan sampingan yang pelbagai seperti kimchi, ikan bilis dan seaweed. Ia menjadi pelengkap keenakan juadah utama yang disediakan di sini.

Anda boleh menikmati semua makanan di Busan Jib tanpa was-was, berbanding gerai kecil yang menjual makanan Korea sekitar Myeongdong. Surau juga tersedia di sini. Jadi kalau anda ingin merasa keunikan makanan autentik Korea, bolehlah singgah ke restoran ini!
Alamat: Busan Jib, 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea