6 Restoran Halal di Seoul Mesti Cuba!

Nurul Atikah Sarji

1/26/2024

Korea Selatan telah menarik minat ramai pelancong dari Malaysia memilih untuk pergi bercuti ke sana. Korea Selatan juga telah menjadi pilihan pertama pelancong disebabkan mereka ingin ke lokasi penggambaran menarik seperti yang ditayangkan di dalam filem, drama mahupun muzik video yang pernah menjadi fenomena dalam dunia penggemar Kdrama juga muzik Kpop.

Seperti yang diketahui, Korea Selatan merupakan sebuah negara yang mempunyai populasi Muslim yang rendah. Jadi senang ke nak cari makanan halal? Jangan risau kami sediakan senarai di bawah untuk anda semak!

Dengan pengembaraan bersama IKHLAS, anda akan disajikan dengan makanan autentik Korea yang semestinya halal. Jom tengok 6 restoran halal yang boleh anda cuba apabila melancong di Seoul, Korea Selatan!


Yang Good Korean BBQ Lamb

Sebelum ini kita sering melihat scene BBQ di Kdrama. Tapi mestilah risau kerana selalunya makanan sebegini pasti tidak halal kan? Kini tidak perlu khuatir lagi kerana anda boleh merasai sendiri hidangan BBQ apabila ke Seoul!

1.jpg

Jangan risau kerana semua menu berasaskan daging yang disajikan di sini merupakan daging premium yang diimport khas dari Australia dan yang lebih penting halal, bersih dan boleh dimakan.

Selain daripada daging BBQ, anda juga boleh merasai kenikmatan sup kambing, mulnaegmyeon (mee sejuk), deonjang-jjigae ended (sup tanpa kacang soya). Haa menarik kan?

Jika anda ingin merasai makanan ini, anda boleh datang ke sini seawal jam 4 petang sehingga 11 malam.

Alamat: Yang Good BBQ, 643-3 Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Waktu operasi: 4pm - 11pm


EID3.jpg

Jika anda mengunjungi Masjid Pusat Seoul (Seoul Central Mosque), anda boleh mengunjungi restoran yang menjual makanan halal bernama EID. Restoran ini dikendalikan oleh keluarga Korea yang beragama Islam dan merupakan salah satu restoran yang disukai oleh pengembara Muslim jika berkunjung ke Korea. Antara makanan asli Korea yang boleh anda cuba seperti bibimbap, bulgogi dan sebagainya!

Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

Waktu operasi: 11.30am - 8.30pm (last order)


Hajj Korea Halal Food5.jpg

Memang tak sah kalau pengunjung Muslim tidak mengunjungi Masjid Itaewon. Tidak jauh dari Masjid Itaewon, terdapat satu restoran halal iaitu Hajj Korea Halal yang menawarkan menu autentik Korea seperti samya-tang (sup ayam ginseng), kimchi jjigae, nasi bulgogi dan bindae-ttok (penkek kacang hijau).

Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Hannam-dong, Usadan-ro 10 gil 39 1

Waktu operasi: 10am - 1am


Restoran Kampungku

Orang Malaysia memang tak boleh meninggalkan masakan Melayu kan. Rindu akan masakan Melayu ketika berada di Korea? Jangan risau kerana anda boleh mengunjungi Restoran Kampungku yang berdekatan dengan Stesen Myeondong. Selain masakan Melayu, anda juga boleh merasai ayam goreng resepi Korea yang katanya sangat menyelerakan!

2.jpg

Selain itu, kemudahan tempat solat juga disediakan di sini jadi anda boleh menunaikan solat setelah menjamu selera.

Alamat: 16-Namsandong 2(i)-ga, Jung gu, Seoul, South Korea

Waktu operasi: 11am - 10pm (last order)


The Halal Guys Itaewon

Sudah puas mencuba makanan makanan autentik Korea? Jom kita cuba ‘western food’ pula! The Halal Guys yang berasal dari New York kini berada di Seoul. Anda boleh mendapatkan gyros dan juga sandwich ayam di The Halal Guys. Selain itu, mereka juga menjual nasi dan juga ayam dan yang penting 100 peratus disahkan halal dan anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Itaewon-ro 187

Waktu operasi: 11am - 9pm


Busan Jib Halal Food4.jpg

Penat menerokai kawasan Myeongdong? Penuhkan perut anda dengan mengunjungi Busan Jib Jalal Food yang menawarkan menu Korea dan BBQ yang semestinya halal!

Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeong-dong Jung-gu, Seoul, South Korea.

Waktu operasi: 12pm - 10pm


Nak meneroka lebih lagi apa yang menarik di Korea? Jom melancong ke Korea Selatan bersama IKHLAS Travel!