Nikmati Sushi Halal di Asakusa Sushi Ken

Ayu Nadirah

8/28/2024

Nikmati_Sushi_Halal_di_Asakusa_Sushi_Ken.png

Orang kata tidak lengkap kunjungan ke Jepun sekiranya anda tidak cuba merasai keenakan sushi asli negara matahari terbit ini. Antara restoran yang mesti anda singgah adalah yang bertempat di Asakusa. Asakusa Sushi Ken adalah lokasi popular yang menghidangkan aneka sushi halal dengan bahan segar, selain daging lembu halal dan tempura.

Sewaktu melangkahkan kaki masuk ke restoran Asakusa Sushi Ken, anda bakal dibentangkan dengan persekitaran yang tenang dihiasi dengan seni dan perhiasan tradisional Jepun. Hidangan utama mereka sudah tentu sushi. Sushi yang ditawarkan di sini dibuat menggunakan bahan halal khusus untuk pengunjung Muslim. Antaranya adalah tofu, tamagoyaki dan pelbagai jenis sayuran. Semuanya disediakan oleh barisan chef yang berpengalaman. Selain itu, restoran ini juga menggunakan hanya bahan segar dan berkualiti tinggi bagi menjamin kualiti makanan yang dihidangkan. Mereka mengambil makanan laut seperti udang, salmon dan bahan-bahan lain secara segar daripada pembekal yang dipercayai.

Asakusa_Sushi_Ken.png

Tidak cukup dengan sushi, Asakusa Sushi Ken juga memberi pilihan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan daging lembu halal dan juga tempura. Lokasinya juga mudah akses dengan pengangkutan awam dan dalam jarak berjalan kaki dengan beberapa lokasi tarikan pelancong berdekatan.

Asakusa Suhi Ken

Alamat: 2-11-4 Asakusa, Taito-ku, Tokyo 111-0032, Jepun

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 tengahari - 3 petang & 5 petang - 10 malam

Terokai Jepun dengan ikhlas.com Travel bagi merasai pengalaman menakjubkan dan tanpa kerumitan!