Dapatkan Kari Ayam & Rendang Daging Halal di Kedai Muji Seluruh Jepun

Ayu Nadirah

10/1/2024

Pelancong Muslim biasanya akan rasa khuatir dengan status halal sesebuah restoran ataupun makanan yang disediakan di tempat orang. Apatah lagi apabila perlu travel ke negara asing yang penduduknya bukan majoriti Islam. Kalau bercerita tentang negara Jepun, memang terdapat banyak pilihan kedai makan berstatus halal di sana. Namun kebanyakan daripada anda pasti akan tetap penuhkan luggage dengan aneka makanan dari Malaysia seperti maggi, sambal, makanan dalam pek dan sebagainya.

Dapatkan_Kari_Ayam_&_Rendang_Daging_Halal_di_Kedai_Muji_Seluruh_Jepun.png
Kredit foto: Muji

Paket Makanan Sedia Dimakan oleh Brahim's

Tahukah anda bahawa jenama tempatan terkenal iaitu Brahim's mempunyai paket makanan sedia dimakan di lebih 400 outlet Muji sekitar Jepun? Paling menarik adalah ia hadir dengan pensijilan halal daripada JAKIM dan disediakan oleh Brahim's Food Japan.

Tiga produk makanan yang boleh anda dapatkan adalah Beef Rendang, Malaysian Chicken Curry dan Chicken Masak Lemak. Setiap bungkusan paket makanan ini tampak ringkas dan minimalis, tentunya selari dengan identiti jenama Muji itu sendiri. Pek makanan ini dijual pada harga JPY490 atau kira-kira RM19 setiap satu.

Brahim_Muji.png
Kredit foto: Facebook Brahims

Mudah saja untuk sediakan makanan ini. Anda hanya perlu masukkan ke dalam mangkuk dengan air mendidih ataupun panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Jadi, bolehlah anda selang-seli menjamah hidangan lokal Jepun dengan cita rasa mengikut tekak Melayu di sana. Selain mudah dan cepat, paket makanan seperti ini juga adalah pilhan yang menjimatkan.

Brahim_Muji_2.png
Kredit foto: Ezral Ghazali di Facebook Brahims

Kini melancong ke Jepun semakin mudah, terutamanya bagi pelancong Muslim, kerana banyak pilihan sumber makanan halal dan pakej mesra Muslim yang ditawarkan oleh ikhlas.com Travel yang menyediakan pelbagai pakej percutian yang bukan sahaja mesra Muslim tetapi juga berpatutan. Selain itu, anda tidak perlu risau mengenai makanan, kerana banyak restoran halal telah mula dibuka di sekitar bandar-bandar utama seperti Tokyo, Osaka, dan Kyoto.

ikhlas.com Travel juga menyediakan perkhidmatan seperti lawatan yang meliputi tempat-tempat menarik di Jepun, serta bimbingan dan maklumat yang sesuai untuk pelancong Muslim, menjadikan perjalanan lebih selesa dan mudah. Dengan adanya pakej mesra Muslim, pelancong boleh menikmati keindahan Jepun tanpa risau tentang keperluan makanan halal dan solat.

Jadi, untuk sesiapa yang ingin mengembara ke Jepun, dengan harga yang mampu milik dan banyak kemudahan yang disediakan, pasti ia akan menjadi pengalaman yang lebih menyenangkan!

BACA:

2 Langkah Semak Makanan Halal di Korea Selatan

Boleh ke Berkahwin Tetapi Tidak Mahu Anak?

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif