5 Lokasi Makanan Halal di Osaka yang Wajib Anda Cuba!
Hanan Latip
5/3/2024
Jika anda merancang pergi ke Osaka, Jepun, semestinya kena mencari lokasi makanan halal di sana bagi memudahkan anda merancang percutian yang bermakna ini! Bagi memudahkan urusan anda, IKHLAS akan kongsikan beberapa lokasi makanan halal yang boleh anda kunjungi.
Anda mencari lokasi kedai makanan halal di Osaka? Ini senarai yang boleh dijadikan panduan.
1. Halal Ramen Naniwaya Namba

Sebelum ini, kedai ini dikenali dengan Halal Ramen Naritaya. Jadi, kedua nama kedai ini merupakan kedai yang sama dan jangan keliru ya. Untuk mencari kedai Halal Ramen Naniwaya ini mudah saja, kerana ia terletak di kawasan Dotonbori. Kedai ini tidak memerlukan anda untuk reserve. Menariknya di restoran ini, ada ruang solat. Dapatlah memudahkan urusan dan perjalanan anda. Anda boleh ketahui maklumat lanjut laman web di sini.
Status halal: Disahkan halal
Alamat: 1-7-23 2-chōme-7-22, Nishishinsaibashi, Chuo Ward Osaka-shi, Osaka, 542-0083 Japan
Waktu operasi: 12pm hingga 9.30pm (Setiap hari)
2. Ramen Honolu

Anda wajib singgah ke kedai ini jika datang ke Osaka! Kedai ramen ini terletak sejauh 10-15 minit jika berjalan dari Stesen Namba. Yang bagusnya, anda tidak perlu reserve dan walk-in sahaja! Cuma, barangkali anda perlu menunggu lama kerana kedai ini menghidangkan ramen yang sangat sedap dan lazat!
Menu yang wajib anda cuba ialah spicy fried chicken ramen. Anda boleh tengok banyak lagi menu yang dihidangkan di sini. Di kedai ini, anda perlu gunakan cash sahaja untuk membayar makanan. Jangan lupa sediakan pula ya!
Status halal: Mesra muslim
Alamat:2-5-27 Motomachi, Naniwa-ku Osaka-shi, Osaka, 556-0016 Japan
Waktu operasi: 11.30am -2.30pm, 5.30pm - 9.30pm (Setiap Hari)
3. Zerohachi Yakiniku

Kedai ini terletak di JR Stesen Namba. Lokasi yang mudah untuk anda cari! Menariknya, di kedai ini menawarkan 3 jenis bufet iaitu red (4000-45000 yen), black (6000-6500 yen ) , silver (8000-8500 yen) dan harganya berbeza mengikut jenis bufet. Bagi sesiapa yang berminat untuk rasai halal ramen yang sedap, anda boleh reserve kehadiran anda di sini gavi.co.jp, hotpepper.jp, tabelog.com.
Bagi memastikan makanan yang disediakan adalah halal dan mengikut syariah, mereka telah menggunakan pekerja yang beragama Islam dan menggunakan bahan makanan dari sumber yang halal! Di sini juga, turut disediakan ruang solat bagi memudahkan urusan pelanggan yang hadir.
Status halal: Disahkan halal
Alamat: 4 1-chome Minatomachi Naniwa-ku, 1, Naniwa-ku, Osaka, 556-0017 Japan (di dalam Osaka City Air Terminal OCAT Mall)
Waktu operasi: 11am- 3pm, 5pm-9pm (Setiap hari)
4. Osaka Panga

Bila berjalan-jalan di kawasan Dotonbori, jangan lupa singgah ke Wagyu Yakiniku Panga untuk dapatkan wagyu A5! Daging yang dihidangkan di Panga Yakiniku diyakini lebih premium, juicy, sedap dan cair di mulut! Kalau tidak percaya, anda boleh datang ke sini untuk merasai keenakkannya! Di Yakiniku Panga, anda hanya boleh reserve pada waktu petang hingga malam sahaja di sini.
Status halal: Mesra muslim
Alamat: 2 Chome-3-31 Shinsaibashisuji, Chuo Ward, Osaka 542-0085, Japan
Waktu operasi: 5.30pm - 11pm (Setiap hari kecuali Sabtu & Ahad), 12pm -3.30pm, 5.30pm - 11pm (Sabtu & Ahad)
5. Ramen Halal Ayam-Ya Dotonbori

Kebanyakkan orang Islam yang datang ke Jepun pasti tidak melepaskan peluang untuk datang ke sini. Ramen Ayam-ya sebelum ini telah berada di Kyoto dan Tokyo dan kini sudah berada di Osaka! Antara menu yang wajib cuba ialah Ayam-Ya Okachimachi dan Ayam-Ya Kyoto.
Jika anda datang ke Ramen Ayam-Ya, di sini ada menyediakan ruang untuk solat dan turut disediakan telekung untuk kaum Hawa. Tidak lupa, kedai ini ditutup pada hari Ahad dan juga cuti umum. Jadi, pastikan anda mempunyai pilihan kedai makanan yang lain sebagai back-up.
Status halal: Disahkan halal
Alamat:1-10-7, Nippombashihigashi, Naniwa-ku Osaka-shi, Osaka
Waktu operasi: 11.30am - 2.30pm, 5pm - 9.30pm (Sabtu hingga Khamis), 3pm - 9.30pm (Jumaat)
Ingin merasai keseronokan di Jepun? Anda boleh ke Jepun dengan IKHLAS sahaja. Mudah, murah dan muslim friendly! Jom ke Jepun!