Permata Aceh: Kopi Gelas Terbalik, Kupi Khop
Nurul Atikah Sarji
6/6/2024

Indonesia merupakan negara yang kaya dan terkenal dengan pelbagai jenis variasi kopi. Malah, hampir setiap kota di Indonesia memiliki kopi dengan keunikan rasa dan juga cara penyajiannya. Aceh, yang juga dikenali sebagai Serambi Makkah yang terletak di Pulau Sumatera mempunyai satu permata kopi, yang dikenali sebagai Kupi Khop atau Kopi Tertelungkup.
Mengapa dipanggil sebagai Kupi Khop?
Sebenarnya Kupi Khop mempunyai keunikan tersendiri dek kerana cara penyajiannya secara terbalik. Kupi Khop berasal dari Pesisir Pantai Barat Aceh, tepatnya Kota Meulaboh. Tradisi menyajikan kopi dalam keadaan terbalik ini dimulai dari kebiasaan nelayan setempat. Nelayan yang membawa kopi harus meninggalkannya untuk mencari ikan terlebih dahulu. Dengan membalik gelas, kopi tetap hangat dan terlindungi dari debu serta kotoran.
Selain itu, cara ini juga menjaga kadar asam dalam kopi agar tetap rendah dan aman untuk diminum. Kebiasaannya, orang orang lokal menggemari Kopi Gayo yang terkenal dengan rasa yang superior yang disediakan secara terbalik di dalam gelas.
.png)
Jika anda memesan Kupi Khop di warung kopi di sekitar Aceh, ia juga disediakan bersama straw. Cara untuk menikmati Kupi Khop ini dengan menyelipkan straw ke bahagian mulut gelas dan anda perlu meniupnya secara perlahan supaya kopi tidak tumpah bersama serbuknya. Jadi, air kopi yang keluar akan memenuhi piring gelas secara perlahan dan anda boleh menikmatinya secara langsung dari piring ataupun straw. Sangat unik kan!
.png)
Menariknya lagi, pada tahun 2019 yang lalu, Aceh Barat telah mengisytiharkan Kupi Khop sebagai Warisan Budaya Takbenda (WBT) Kabupaten Aceh Barat. Kini, Kupi Khop merupakan salah satu aset budaya tak berwujud yang sangat berharga bagi masyarakat Aceh.
Dengan tradisi yang unik ini, Kupi Khop tidak hanya menjadi tradisi kopi di Indonesia, tetapi juga simbol kebanggaan dan identiti masyarakat Aceh. Berminat untuk merasai sendiri keunikan Kopi Khop di Aceh? Jom pergi ke Aceh bersama Ikhlas dengan melayari pautan ini.