4 Jenama Pek Makanan Travel Yang Anda Mesti Bawa
Hanan Latip
6/25/2024
Makanan perkara yang penting anda wajib bawa jika melancong di dalam atau luar negara. Cukuplah sekadar alas perut dan kurangkan sedikit kos lagi-lagi di tempat yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi. Anda keliru tak tahu nak bawa apa semasa travel? Pek makanan travel adalah jawapannya sebab mudah dan cepat disediakan kerana anda tidak perlu memasak!
Berikut antara jenama pek makanan segera yang sering jadi pilihan untuk dibawa para pengembara sewaktu travel.
1. Kembara
Kembara yang diperkenalkan pada 2017 sehingga kini mash kekal mendapat sambutan ramai orang kerana pek makanan keluarannya. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, ramai pengembara atau pelancong gemar menggunakan jenama ini kerana pelbagai jenis pilihan makanan, menggunakan pemanasan sendiri, senang dibawa dan boleh dimakan di mana-mana sahaja!
Antara menu yang didapati di Kembara ialah nasi lemak dan rendang daging, nasi hujan panas dan kambing kuzi, nasi tomato dan ayam masak merah, nasi pilaf dan rendang daging, nasi basmati dan daging salai masak lemak dan pelbagai jenis nasi goreng. Mereka juga ada menjual dalam kuantiti yang banyak terutamanya bagi mereka yang hardcore traveller.
2. Sharifah
Makanan di Sharifah Food juga tidak kalah hebatnya. Mereka ada makanan ready-to-eat, sedia untuk dimasak dan pes. Antaranya nasi briyani herba, nasi briyani tomato, nasi briyani bukhari, nasi lemuni, nasi briyani gam daging, kambing dan ayam, sambal sotong kering, pelbagai jenis nasi goreng, daging salai, tomyam ayam, kari daging, sambal tumis ikan bilis, sambal sotong kering, daging dendeng dan rendang minang. Pes pula terdapat pes seperti pes kari kepala ikan, pes nasi goreng kampung, pes nasi briyani gam, pes masak krutuk dan macam-macam lagi! Mudah bukan jika banyak jenis makanan seperti ini? Kini, anda boleh bawa segala jenis makanan ke mana saja anda pergi.
3. Brahim's
Brahim’s menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan ready-to-eat lauk dan nasi dan pes makanan dengan citarasa yang tidak asing dengan rakyat Malaysia. Sebab itulah ia salah satu pilihan utama rakyat Malaysia. Antara menu yang boleh didapati ialah nasi briyani ayam, nasi cendawan dan keju, nasi goreng kampung, bubur nasi, kari ayam dengan ubi kentang dan macam-macam lagi pilihan yang boleh didapati. Brahim’s juga yakin dengan bahan pembungkusan yang digunakan dapat menyimpan makanan dalam masa 24 bulan di suhu bilik dengan keadaan baik.
4. Mychef
Di Mychef anda boleh mendapatkan pek makanan travel seperti ayam masak merah, nasi briyani kambing, nasi briyani daging, nasi goreng cina, nasi goreng ikan masin, nasi putih, ketupat nasi dengan kuah kacang, kari ayam dan rendang daging minang. Mereka juga menjamin makanan ini mampu bertahan hingga satu tahun tanpa disimpan di dalam peti sejuk. Anda boleh panaskan makanan Mychef menggunakan ketuhar gelombang mikro, dapur api dan air mendidih.
Tip tambahan: Anda boleh mencuba untuk menyediakan pek makanan travel sebelum anda bercuti agar anda faham cara-cara untuk ‘memasak’ dan kelengkapan yang perlu ada. Alang-alang, anda dapat rasa sama ada makanan tersebut kena dengan citarasa anda.
Anda pernah cuba makan pek travel yang mana satu? Jom melancong bersama ikhlas.com Travel!