[Jom, Makan Mana?] 10 Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang

Ayu Nadirah

2/14/2024

Ramadan bakal menyapa tidak lama saja lagi! Selain ternanti-nantikan ibadah puasa dan solat tarawih, pastinya ramai juga tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan berbuka puasa dengan yang tersayang. Sekali-sekala anda boleh bawa keluarga atau rakan untuk iftar di lokasi sekitar Lembah Klang ini yang menyediakan bufet Ramadan dengan seleksi makanan yang cukup menambat selera. Jom kita semak!

10_bufet_ramadan.jpg
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Hotel bertaraf lima bintang ini membawakan hidangan citarasa zaman berzaman. Mereka bijak mengetengahkan beberapa hidangan umpama masakan di rumah seperti sup gear box, pek nga, gulai kawah dan aneka bubur. Selain itu, pastinya kambing panggang menjadi hidangan tarikan di sini.

Seri_Pacific_Hotel_Kuala_Lumpur.png

Tempat: Zende Restaurant

Tarikh: Bermula dari 14 Mac sehingga 7 April 2024

Waktu: 6.30 petang - 10 malam

Harga: RM160 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak dan warga emas

Info lanjut tentang Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


World Trade Centre Kuala Lumpur

Lokasi ini menjadi antara pilihan warga kota untuk berbuka puasa secara bufet. Mereka membawakan tema selera warisan kampung dengan lebih daripada 300 juadah kampung yang menyelerakan. Anda juga boleh menikmati nasi kandar dari Nasi Kandar Saddam di sini.

Tempat: Legar Putra WTC

Tarikh: Bermula dari 13 Mac sehingga 8 April 2024

Waktu: 6 petang - 10 malam

Harga: RM128 untuk dewasa dan RM73 untuk kanak-kanak dan warga emas

Info lanjut tentang World Trade Centre Kuala Lumpur


Pullman Kuala Lumpur City Centre

Bufet bertemakan aroma nusantara ini menghidangkan lebih daripada 300 makanan dan minuman gabungan selera tempatan dan antarabangsa. Anda bakal disajikan dengan aksi memasak secara langsung di gerai makanan yang tersedia. Antara hidangan yang menjadi tarikan di sini adalah Sultan Lamb Shank, Ayam Panggang Bazooka, kambing bakar, sup gear box, aneka lauk-pauk Melayu, laksam, sushi, teh tarik, aneka kuih-muih Melayu, pemanis mulut dan banyak lagi.

Tarikh: Bermula dari 11 Mac sehingga 7 April 2024

Waktu: 6.30 petang - 10 malam

Harga: RM258 untuk dewasa dan RM129 untuk kanak-kanak

Info lanjut tentang Pullman Kuala Lumpur City Centre


Hilton Petaling Jaya

Hotel ini menghidangkan seleksi hidangan Melayu, Barat, Jepun dan Korea. Antara hidangan pilihan di sini adalah sate, siakap tiga rasa, rendang, pucuk paku masak lemak ubi kayu, kari kambing, pasembor, asam pedas, roti bomb, tapai pulut dan banyak lagi.

Tempat: Paya Serai

Tarikh: Bermula dari 12 Mac sehingga 9 April 2024

Waktu: 7 malam - 10.30 malam

Harga: RM208 untuk dewasa dan RM118 untuk kanak-kanak

Info lanjut tentang Hilton Petaling Jaya


Le Meridien Kuala Lumpur

Hotek ini membawakan tema imarah selera nusantara yang menyajikan lebih 300 seleksi makanan bufet. Kemewahan cita rasa Melayu dengan resipi autentik ciptaan Chef Budiman dan kumpulannya membolehkan anda merasai juadah seperti kambing biri-biri, Daging Kepal Tempayan, Mee Kow Tim, Gulai Tetel dan Ayam Royale.

Le_Meridien_Kuala_Lumpur.jpeg

Tarikh: Bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024

Waktu: 6 petang - 10 malam

Harga: RM208 untuk dewasa dan RM99 untuk kanak-kanak

Info lanjut tentang Le Meridien Kuala Lumpur


Grand Millennium Kuala Lumpur

Bufet Jom Makan yang diketuai oleh Chef Eksekutif Rudy Junaidie ini menyediakan hidangan klasik dengan teknik masakan tradisional. Antara juadah yang menjadi fokus mereka adalah sembilan jenis belanga bakar yang menyajikan hidangan daging yang dimasak dalam claypot dengan cita rasa Melayu, Cina dan India seperti asam pedas, kari masala dan kung pao. Anda juga boleh nantikan hidangan Xinjiang Whole Roasted Lamb yang diperap dengan cumin, Szechuan peppercorn dan cili.

Tarikh: Bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024

Waktu: 7 malam - 10 malam

Harga: RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak

Info lanjut tentang Grand Millennium Kuala Lumpur


Berjaya Times Square Hotel

Hotel ini pula mengetengahkan tema selera nostalgia Do Re Mi dengan menghidangkan pelbagai juadah kegemaran tempatan. Sambil menjamu selera, anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan live band.

Berjaya_Times_Square_Hotel_bufet.jpeg

Tempat: Function room

Tarikh: Bermula dari 13 Mac sehingga 8 April 2024

Waktu: 6 petang - 10 malam

Harga: RM168 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak


Impiana KLCC Hotel

Meriahkan detik berbuka puasa anda dengan lebih daripada 180 hidangan enak citarasa tempatan. Antara hidangan utama mereka sudah tentu kambing panggang dan aneka lauk-pauk Melayu yang enak. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menikmati durian tanpa limit! Jadi pencinta durian mesti datang ke Impiana KLCC.

Impiana_KLCC_bufet.png

Tempat: Tonka Bean Cafe and Deli

Tarikh: Bermula dari 12 Mac sehingga 9 April 2024

Waktu: 6.30 petang - 10 malam

Harga: RM245+ untuk dewasa dan RM122.50+ untuk kanak-kanak dan warga emas

Info lanjut tentang Impiana KLCC Hotel


Premiera Hotel Kuala Lumpur

Tema galeri nostalgia legenda memberikan kelainan pada bufet di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik di sini adalah setiap RM1 daripada pembelian bufet akan disalurkan ke Yayasan Artis Veteran Malaysia.

Premiera_Hotel_Kuala_Lumpur.png

Tempat: Dewan utama aras 6

Tarikh: Bermula dari 12 Mac sehingga 8 April 2024

Harga: RM150 untuk dewasa dan RM75 untuk kanak-kanak dan warga emas

Info lanjut tentang Premiera Hotel Kuala Lumpur


Cyberview Resort and Spa

Iftar warisan rasa di Cyberview Resort and Spa membawakan hidangan utama seperti Asam Pedas Johor, Tempoyak Sungai Pahang, Smoked Chicken Curry, Big Pot Briyani Rice dan Honey Roasted Whole Lamb. Aneka hidangan pemanis mulut tradisional dan moden juga boleh anda harapkan di sini.

Cyberview_Resort_and_Spa.jpeg

Tarikh: Bermula dari 12 Mac sehingga 8 April 2024

Harga: RM169 untuk dewasa, RM119 untuk warga emas dan RM85 untuk kanak-kanak

Info lanjut tentang Cyberview Resort and Spa