Tsunami Aceh - Kubah 80 Tan Terdampar Di Tengah Sawah
Nurul Atikah Sarji
2024-05-06
26 Disember 2004, merupakan tarikh yang tidak asing lagi bagi masyarakat Aceh Darussalam, Indonesia. Banyak peninggalan kesan daripada gempa tsunami sekuat 9.2 skala richter yang masih kita boleh lihat pada hari ini jika anda mengunjungi ke kota Serambi Makkah itu.
Baru-baru ini, IKHLAS Travel berkesempatan mengunjungi ke salah satu kesan ajaib tsunami iaitu satu kubah masjid yang tersadai di tengah sawah yang terletak di Kampung Gampong Surah. Terletak beberapa kilometer dari Banda Aceh, kubah yang seberat 80 tan ini terdampar betul-betul di tengah sawah.

Kubah ini sebenarnya berasal dari Masjid Lam Tengah, yang terletak kira-kira dua setengah kilometer dari kubah yang terdampar sekarang. Bahkan, masjid ini terletak di belakang bukit yang sangat besar. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah SWT tunjuk kepada kita, bahawa tidak apa pun yang mustahil; dengan perintah kun fayakun.
Menurut pemandu pelancong, kejadian ini disaksikan oleh imam masjid di kampung itu semasa beliau bekerja di atas bukit. Beliau merupakan saksi yang dapat menyaksikan air datang dari semua penjuru. Imam ini juga melihat air deras terapung dari depan bukit ke kawasan sawah di hadapannya.
Kejadian kubah ini berlaku kurang dari setengah jam. Menurutnya, kubah itu mulanya mengelilingi bukit itu dulu, namun setelah dihanyutkan begitu cepat, kubah itu kemudian berpatah ke belakang begitu laju dan tersadai sehingga kini.
Ingin ke Aceh? Jom tempah sekarang bersama IKHLAS Travel melalui pautan ini.