5 Aktiviti Bersama Ibu Tercinta Pada Hari Ibu
Hanan Latip
5/15/2024

Hari Ibu menjadi sambutan kelaziman di Malaysia mahupun di sesetengah negara luar ianya akan disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pada hari yang 'istimewa' ini merupakan masa kita mengambil peluang untuk lebih menunjukkan rasa sayang juga menghargai wanita yang kita gelar ibu, isteri, nenek, ibu saudara mahupun tokoh yang telah menyumbang kepada kehidupan dan kasih sayang dalm hidup kita. Bersempena hari ibu ini, apa kata kita beri peluang untuk ibu menikmati 'me time' atau dibawa untuk membuat perkara yang digemarinya.
Berikut 5 aktiviti yang anda boleh lakukan bersama ibu tercinta!
1. Pergi Spa
Jika si ibu tidak pernah lagi membuat facial atau berurut, apa kata anda belanja pada hari ini! Dalam memenuhi tanggungjawab sebagai ibu, kadang-kala mereka juga lupa untuk memanjakan diri. Sekurang-kurangnya, mereka akan terasa fresh dan senang hati bila membuat aktiviti sebegini.
Pergi ke spa tidak semestinya berurut saja, anda boleh melakukan manicure, pedicure atau ke salun rambut untuk buat rambut baru. So, book your slot now!
2. Membeli-belah
Ibu anda kaki shopping? Terus saja ke shopping mall atau tempat yang digemari seperti kedai nurseri. Jika ingin sekadar mencuci mata dan luangkan masa bersama-sama pun apa salahnya. Aktiviti ini nampak mudah tapi amatlah membantu untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara anak dan ibu yang mungkin selalunya masing-masing sibuk dengan hal sendiri mahupun kerja.
Rasulullah SAW bersabda:
نَّ اللَّهَ يوصيكم بأمَّهاتِكُم ثلاثًا، إنَّ اللَّهَ يوصيكم بآبائِكُم، إنَّ اللَّهَ يوصيكم بالأقرَبِ فالأقرَبِ
“Sesungguhnya Allah berwasiat tiga kali kepada kalian untuk berbuat baik kepada ibu kalian, sesungguhnya Allah berwasiat kepada kalian untuk berbuat baik kepada ayah kalian, sesungguhnya Allah berwasiat kepada kalian untuk berbuat baik kepada kerabat yang paling dekat kemudian yang dekat. " (HR Ibnu Majah)
3. Food Hunting

Setelah penat buat facial dan membeli-belah, pasti perut sudah berbunyi minta diisi. Gunakan masa ini untuk cuba makan di kedai yang digemari ibu atau makan di kedai yang menaikkan mood tenang dan seleksi menunya haruslah enak! Dapatlah juga ibu anda mencuba makanan yang baru. Mesti seronok bukan! Ibu anda tidak perlu susah-susah untuk memasak dan biarkan saja dia berehat pada hari ini.
Ada pelbagai jenis makanan yang boleh dicuba di restoran yang mempunyai susun atur hiasan dalaman yang cantik dan tampak mewah. Seleksi makanan daripada negara Jepun, Korea, Indonesia, manisan dan banyak lagi. Jika bukan sekarang untuk food hunting, bila lagi?
4. Bersantai Di Lokasi Kegemaran
Bila sudah menginjak usia ini, pergerakan sudah pasti limited untuk ke lokasi yang terlalu jauh atau memerlukan aktiviti fizikal yang banyak . Jadi, bawa ibu anda ke tempat disukai dan yang memberikan ketenangan. Contohnya, berjalan-jalan dan picnic di pantai atau air terjun, taman-taman bunga dan rekreasi, muzium dan banyak lagi. Yang paling penting, ibu anda dapat berehat dan gembira ke lokasi tersebut!
5. Staycation

Idea lain yang anda boleh cuba ialah bawa ibu anda ke hotel untuk staycation di sana, jauh dari rutin seharian di rumah. Jika di rumah, ibu pasti terbeban dengan tanggungjawab yang tidak pernah habis. Kini, bila berada di hotel, si ibu dapat ‘lari’ sebentar dari kebiasaan dan memberi peluang untuknya berehat dengan lebih lama. Pasti ibu anda akan menghargai effort yang dilakukan.
Anda boleh pilih hotel yang mempunyai pemandangan pantai, kehijauan, atau pencakar langit bergantung kepada kesesuaian dan bajet dimiliki. Bila si ibu dapat rehat yang cukup, ini dapat mengurangkan tekanan dan stress yang dimiliki. Bila ibu bahagia, anak-anak dan suami pun suka!
Aktiviti-aktiviti di atas merupakan antara cadangan yang boleh dilakukan bersama ibu anda. Semoga ia dapat menyuntik kasih sayang, keredaan dan rezeki di dalam keluarga. Selamat Hari Ibu!
Tahukah anda, ikhlas.com menyediakan one-stop center bagi memudahkan urusan anda seperti membayar zakat dan fidyah, melakukan korban dan akikah, bersedekah, melakukan umrah dengan harga mampu milik dan murah, dan ada pakej travel yang muslim-friendly! Nak tahu lebh lanjut? Klik saja link ini!