[Kopi Bersama IKHLAS Episod 8] - Jual Umrah Sebab Nak Kaut Untung?

Nurul Atikah Sarji

10/2/2024

Sebut sahaja mengenai pakej umrah dalam harga mampu milik, pembayaran zakat potongan gaji, servis tempahan korban atas talian, mesti boleh dikaitkan dengan syarikat ikhlas.com. Apakah sebenarnya, yang cuba diketengahkan oleh ikhlas.com dalam memberikan servis menyeluruh dalam menyumbang kepada gaya hidup patuh syariah ini? Menerusi segmen podcast Kopi Bersama Ikhlas Episod ke lapan kali ini, kami bersama dengan Ikhlas Bin Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com dan Datuk Rosyam Nor, Penasihat Komersial ikhlas.com mengupas secara lanjut rahsia di sebalik bagaimana impian ini dapat direalisasikan di kalangan masyarakat kini selari mengikut arus pemodenan.

Screenshot_2024-10-11_at_1.54.47_PM.png

ikhlas.com merupakan sebuah syarikat teknologi yang fokus kepada gaya hidup Muslim. Gaya hidup Islam ini mendekatkan lagi seseorang dengan agama serta membantu mereka mendalami ajaran Islam dengan lebih mendalam. 

Ia merangkumi pelbagai aspek seperti solat, umrah, zakat, fidyah, dan banyak lagi. Objektif utama ikhlas.com adalah untuk memberikan kefahaman yang mudah kepada umat Islam mengenai pelaksanaan ibadah-ibadah ini.

Dengan menggunakan teknologi, ikhlas.com berusaha mempermudahkan urusan umat Islam, bahkan bagi mereka yang bukan Muslim tetapi berminat untuk mengetahui tentang Islam. ikhlas.com menawarkan pelbagai produk dengan tiga cabang utama: Umrah, pelancongan (travel), dan gaya hidup.

Screenshot_2024-10-11_at_1.55.05_PM.png

Istimewanya dalam episod kelapan Kopi Bersama IKHLAS, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, ikhlas.com sekarang sedang giat memperkukuhkan ketiga-tiga cabang utama ini serta ingin menyediakan perkhidmatan yang lebih baik khususnya kepada umat Islam. 

“Kalau bercakap mengenai ‘travel’, sudah tentu seorang muslim yang nak ‘travel’ mesti ingin mencari makanan halal, tempat solat serta hotel buat dirinya dan juga keluarga. Umrah pula, ikhlas.com ingin memberikan kemudahan, serta servis terbaik untuk setiap tetamu Allah. Gaya hidup juga, kita perlu beribadah, solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Jadi, semua ini sudah ada dalam aplikasi ikhlas.com. Nak sedekah pun boleh, dalam aplikasi di telefon pintar anda."

“Buat masa sekarang, kita sedang memperkukuh ketiga-tiga cabang ini,” kata Ikhlas. 

Menurutnya lagi, syarikat ini juga sedang mengembangkan produk-produk mereka dalam kategori umrah dan travel, sementara terus memperkukuh perkhidmatan gaya hidup yang ditawarkan. Di mana sahaja AirAsia terbang, produk Ikhlas.com turut tersedia untuk membantu memudahkan perjalanan umat Islam.

Secara keseluruhannya, ikhlas.com adalah sebuah platform digital yang selari dengan keperluan umat Islam masa kini dalam mengimbangi tuntutan dunia moden dengan keperluan spiritual.

Dalam episod ini, Penasihat Komersial ikhlas.com, yang juga merupakan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata adalah penting bagi umat Islam untuk mengikuti arus digital kerana dunia semakin pantas berubah ke arah ini. 

“Jika umat Islam tidak bersedia untuk mengikuti arus digital, mereka mungkin akan ketinggalan. Digitalisasi telah merangkumi hampir semua aspek kehidupan, oleh itu umat Islam perlu mesra dengan teknologi digital agar tidak ketinggalan."

ikhlas.com juga merupakan platform yang membantu umat Islam bukan sahaja dalam ibadah umrah, tetapi juga dalam aspek lain seperti infak, sedekah, dan zakat. Melalui platform ini, pengguna boleh mendapatkan peluang untuk meningkatkan pahala dan saham akhirat mereka,” katanya. 

Untuk mendengar dengan lebih lanjut episod kali ini, sila layari pautan ini.