[Kopi Bersama IKHLAS Episod 4]: Tak Payah Sambung Belajar, Jadi Influencers Dah Boleh Jadi Kaya? - TikToker CEO Batu & CEO Bieziy
Nurul Atikah Sarji
7/1/2024
Kehidupan mewah dan kerjaya yang glamor dipercayai antara faktor utama ramai anak muda, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terpengaruh untuk memilih karier sebagai ‘influencer’ / pempengaruh, sehingga sanggup mengetepikan pendidikan di peringkat lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, meskipun kerjaya ini kini menjadi impian ramai remaja hari ini, hakikatnya ia belum tentu dapat menjamin masa depan mereka. Bagi episod kali ini, Kopi Bersama IKHLAS menjemput ‘tiktoker’ CEO Batu Dan CEO Bieziy yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ‘content creator’ untuk berkongsi pengalaman dan sisi gelap menjadi seorang ‘tiktoker’, bersama dengan moderator Nurul Atikah Sarji.
Tonton video Podcast Kopi Bersama IKHLAS episod ke 4:
CEO Batu atau nama sebenarnya iaitu Muhammad berkongsi pendapat beliau bahawa untuk ‘content creator’, kita perlu belajar.
“Kita nak jadi ‘influencer’, ‘content creator’, atau apa apa saja, kita perlukan ilmu. Suka tau suka, kena ada ilmu. Nak jadi ‘content creator’, kita perlukan ilmu. Nak buat video, ada banyak ‘steps’. Takkan tiap-tiap hari kita nak buat video menari sahaja.” - CEO Batu
“Kita, sebagai ‘content creator’ perlu membuat video yang ada banyak maklumat, memberikan manfaat kepada orang, bukan ‘content’ merapu,” katanya.
Selain itu, CEO Bieziy atau nama sebenarnya Mohd Irshad Shafiq berkata ‘sisi gelap’ sebagai ‘content creator’ ini merupakan pekerjaan yang tidak cukup rehat kerana setiap hari beliau perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan agar ‘content’ beliau lain daripada yang lain.
Bahkan, beliau juga tidak mempunyai masa bersama keluarga, tapi apakan daya, dek kerana komitmen kerja, beliau terpaksa.
“Nak cerita pasal ‘content creator’ punya teruk, orang hanya nampak kami di media sosial yang kehidupan kami sangat seronok. Boleh pergi jalan mana-mana. Kami boleh pergi Langkawi, Redang, Tioman. Kami memang pergi kemana-mana. Orang tengok seronoknya duduk hotel mahal, dapat sponsor. Hakikatnya, kami tak cukup rehat.
“Kami pergi keluar bukan untuk bercuti. Tapi kami pergi untuk shooting. Kami tak ‘enjoy’. Orang ingat kami enjoy. Kami tiada masa.” - CEO Bieziy
BACA: [Kopi Bersama IKHLAS Episod 3]: Hormon testosteron ada dalam badan wanita?