[Kopi Bersama Ikhlas Episod 1]: Checklist Jodoh - Aiman Azlan
Nurul Atikah Sarji
1/31/2024
Setiap insan pasti menginginkan pasangan hidup. Jadi, penting untuk kita memiliki standard atau ciri pasangan yang diidamkan. Oleh itu, taaruf coach, Aiman Azlan dalam program Kopi Bersama Ikhlas episod pertama menggariskan lima checklist yang boleh anda ikuti jika anda sedang mencari pasangan hidup.
MEMPUNYAI PANDANGAN YANG JELAS AKAN STANDARD ANDA
Ini adalah keperluan minimum. Dalam perkahwinan, kita perlu memiliki standard kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang bernilai. Perkara ini perlu difikirkan dengan serius, mengingat bahawa perkahwinan merupakan permulaan bagi setiap keluarga baru yang diinginkan.Adakah lelaki tersebut mencapai standard yang kita tetapkan?Contohnya, seorang lelaki yang melaksanakan solat 5 waktu, berpuasa, membayar zakat, memiliki akhlak yang baik dan berbakti kepada ibu bapa serta keluarganya. Kita juga perlu memerhatikan hubungan lelaki tersebut dengan Allah SWT dan manusia.
Anda rasa berkenan terhadap dirinya.Kita perlu merasakan berkenan terhadap pasangan tersebut. Sama seperti seorang lelaki yang menyatakan perasaan berkenan, begitu juga perempuan. Nabi juga menasihatkan kita untuk memperhatikan dan merasakan keselesaan dengan pasangan tersebut. Jika kita merasakan berkenan, maka perjalanan untuk melangkah ke tahap seterusnya boleh diambil.
Sekufu: lebih daripada sekadar keserasian formal.Sekufu bukan hanya sejauh pendidikan dan kewangan, tetapi juga mencakup keserasian dalam tata kelola kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh, kita perlu lihat melalui aspek asas dan mampukah kita boleh berdamai antara satu sama lain jika berlaku perbalahan.
Meskipun kita tidak dapat mengetahui segala sesuatu tentang pasangan kita, penting untuk kembali kepada prinsip dan nilai-nilai peribadi. Jika prinsip kita selaras, seperti meletakkan Allah di tempat pertama, maka proses taaruf dan pemilihan pasangan akan menjadi lebih mudah dan bermakna.
Menerima Seadanya: toleransi dan kemampuan untuk memperbaiki sesuatu hubungan.Setiap manusia perlu faham bahawa tiidak ada manusia yang sempurna. Pasti akan ada perangai atau sifat yang tidak kita sukai. Untuk mengatasi ini, kita perlu bertolak ansur dan toleransi serta bersedia untuk memperbaiki hal-hal tersebut. Menerima pasangan seadanya merupakan kunci untuk membangun hubungan yang kuat dan harmoni.
Allah SWT Memudahkan Proses: kepercayaan dan ketenangan hatiDalam seluruh proses pencarian jodoh, kita perlu yakin bahawa Allah akan memudahkan segala urusan. Walaupun mungkin ada beberapa rintangan, namun dengan keyakinan dan ketenangan hati, hubungan akan menuju ke arah pernikahan yang berkat. Percayalah, rintangan sepanjang perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan adalah hal biasa, tetapi yang terpenting adalah bahawa semuanya berjalan menuju akad nikah yang diinginkan.
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Anda boleh mendengar podcast ini dengan lebih lanjut melalui pautan ini.