Rezeki Ramadan Pemintal Belon Viral, ‘Abang Mr Bean’, Menerima Tajaan Umrah Bersama Isteri
Marini Mat Zain
2026-03-02
Kru produksi ikhlas.com bersama pempengaruh, Edin Komeng pada mulanya merancang untuk memborong kesemua belon Mohd Nizam Mohamad Idrus, 49, yang menjualnya seikhlas hati dengan alasan, orang lain juga punya kekangan kewangan tersendiri.
Edin Komeng menemubual Mohd Nizam selain memberi tugasan memintal balon kepadanya terlebih dahulu sebelum menyampaikan berita gembira itu kepada Mohd Nizam dan isterinya, Suraya Zulkifli, 49 bahawa mereka telah terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf 1448H daripada ikhlas.com.
“Saya terharu sangat, saya tak pernah jangka di awal bulan Ramadan ini saya mendapat kejutan daripada ikhlas.com. Apa yang saya lalui sepanjang perjalanan hidup kami berdua ini, saya rasa Allah SWT dah balas dengan cara yang tak disangka-sangka. Umrah bukan kepada yang mampu, tetapi bila Allah dah seru benda ni tak mustahil akan berlaku,” kata Mohd Nizam.
Menurut isterinya pula, Suraya Zulkifli, telah sekian lama dia mengimpikan untuk mengerjakan umrah. Pasangan suami isteri tanpa cahayamata ini sangat bersyukur. Semestinya itu menjadi doa utama mereka selain untuk mengubah hidup agar lebih terjamin.
Program Umrah 1,000 Asnaf dilancarkan pada 19 Mac 2025 sempena sambutan Ulang Tahun ke-5 ikhlas.com dengan misi untuk memperkasakan komuniti setempat dalam mengenal pasti golongan asnaf yang terpilih untuk merealisasikan impian mereka melaksanakan ibadah umrah.
Ia selaras misi ikhlas.com untuk menjadikan Umrah mampu diakses oleh semua umat Islam, termasuk mereka yang tidak berkemampuan, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Pelepasan seterusnya untuk musim umrah 1448H dijadualkan selepas musim haji akan datang.