[Review] Perjalanan Umrah dengan Kasut LARRIE - Ringan, Selesa dan Mesra Tumit

Ayu Nadirah

10/10/2024

IMG_3012_(1).jpg

Ibadah umrah selama 12 hari 10 malam memerlukan para jemaah untuk banyak berjalan. Bukan sahaja demi menyelesaikan ibadah tawaf dan saie itu sendiri, tetapi perjalanan dari hotel ke masjid atau melakukan ziarah ke lokasi bersejarah juga memerlukan kudrat berjalan dengan baik. Rata-rata mereka yang pernah menunaikan umrah sudah sedia maklum akan keadaan ketika di sana dan juga wakil agensi umrah ataupun mutawif pasti akan menasihati bakal jemaah untuk bergerak aktif dan berlatih untuk berjalan kaki setiap hari, sebelum berangkat umrah. Hal ini bertujuan untuk memastikan bakal jemaah sudah terbiasa dengan berjalan kaki dalam jarak tertentu selain meningkatkan stamina. Jadi insyaallah tiada kesukaran untuk melakukan tawaf dan saie di tanah suci kelak.

IMG_3005.JPG

Setiap Langkah Terasa Ringan

Selain persediaan dalam aktiviti berjalan kaki, para jemaah juga digalakkan untuk membawa kasut yang selesa ke sana. Bagi wanita, pilihlah kasut yang bertutup. Selain itu, pastikan kasut yang dibawa mempunyai tapak dalam yang lembut dan selesa. Seperti baru-baru ini, kami berpeluang membawa kasut jenama LARRIE ke tanah suci. Jenama ini amat terkenal dengan kualiti tapak kasut bahagian dalam yang lembut, selain rekaan yang praktikal buat semua saiz kaki.

Artis jemputan ikhlas.com Umrah iaitu Johan As'ari telah mengenakan LARRIE Men Black Online Exclusive Super Comfy Casual Sneakers berona hitam.

LARRIE_SHOES_4.png

Sementara team editorial pula mengenakan LARRIE Ladies Stretchy Sporty Sneakers berona putih.

Review_Perjalanan_Umrah_dengan_Kasut_Larrie_-_Ringan_Selesa_dan_Mesra_Tumit.png

Menurut pengalaman kami sendiri, LARRIE Ladies Stretchy Sporty Sneakers sememangnya dipakai sepanjang berada di Makkah dan Madinah. Kasut jenis slip-on ini ringan dan tidak membebankan kaki dalam setiap langkah. Perjalanan kaki menggunakan sneakers LARRIE umpama berpijak pada tapak berbantal yang gebu dan lembut. Tapak kasutnya direka dengan lapisan kusyen tambahan dengan LARRIE 3 point arch support insole yang memudahkan langkah kaki.

LARRIE_SHOES_3.png

Ia juga diperbuat daripada material soft textile dan mesh, juga strap yang elastik. Ciri-ciri tersebut memberikan keselesaan maksimum sewaktu menyarungkan kasut ini dan seterusnya berjalan kaki untuk jangka masa yang panjang. Ia memeluk kaki anda dengan lembut tanpa ada rasa ketat atau berat. Sneakers ringan ini juga mudah dibersihkan daripada sebarang debu atau kotoran yang melekat. Gunakan sahaja tisu lembap dan sapu lembut pada bahagian yang terkena kotoran.

Satu lagi tip penting buat bakal jemaah adalah bawa sekurang-kurangnya dua kasut semasa berangkat menunaikan umrah, selain kasut khusus untuk tawaf. Boleh sahaja bawa satu sneakers dan satu sandal. Untuk kaum wanita, jangan lupa memakai stoking!

LARRIE_SHOES.png