Pemantauan Rapi di Tanah Suci, Jemaah Meneruskan Ibadah dengan Tenang
Marini Mat Zain
2026-03-05
Matahari terbit indah di bumi anbiya. Suasana lebih tenang. Masing-masing lebih fokus dan berdamai dengan qada dan qadar. Dalam suasana dunia yang kadangkala diuji, keadaan jemaah ikhlas.com di Tanah Suci Makkah kekal terpelihara dan berada dalam pemantauan rapi.
Berdasarkan laporan mutawif dan mutawifah yang bertugas di lapangan, semua jemaah meneruskan ibadah seperti biasa dalam keadaan tenang, selamat dan teratur.
Di Makkah, aktiviti ibadah harian seperti tawaf, sa‘i, solat berjemaah dan pengisian rohani berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Jemaah memberi tumpuan sepenuhnya kepada tujuan utama mereka hadir di bumi anbiya.
“Alhamdulillah, keadaan masih terkawal. Memang ada jemaah yang mula risau tentang penerbangan, pergi dan balik. Tetapi saya memilih untuk tenangkan mereka dengan maklumat yang sahih, bukan spekulasi. Bila saya tenang, mereka pun tenang,” ujar Avaa Vanja, muwazzafah ikhlas.com.

Menurutnya lagi, keadaan di Madinah terkawal dan ibadah berjalan seperti biasa. Dia menggalakkan jemaah untuk fokus pada ibadah, perbanyakkan doa dan tingkatkan tawakal. “InsyaAllah, selagi hati tenang dan kita berserah sepenuhnya kepada Allah, semuanya berada dalam jagaan-Nya,” ujarnya lagi.
Mereka memperbanyakkan amal, berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Petugas Haramain ikhlas.com sentiasa berada bersama jemaah bagi memastikan pergerakan, kesihatan dan kebajikan mereka pula sentiasa diurus dengan baik.
Manakala di Madinah, suasana juga kekal damai. Jemaah berpeluang menziarahi Masjid Nabawi, menghadiri sesi tazkirah, serta meluangkan masa untuk ibadah secara lebih santai dan reflektif. Kehadiran pembimbing ibadah sepanjang masa membantu memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah dirancang.
“Alhamdulillah, pihak ikhlas.com dan Haramain Team sentiasa bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua jemaah terpelihara. Kami sentiasa memantau perkembangan semasa melalui saluran rasmi dan pihak berkuasa tempatan,” ujar wakil Haramain, Pengurus pasukan Haramain Ikhlas.com, Ustaz Muhammad Suhaimi Muzaly.
Untuk makluman, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa serangan yang berlaku telah berjaya dipatahkan oleh sistem pertahanan negara, dan kerajaan memberi jaminan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi keselamatan rakyat, penduduk, dan semua jemaah di dalam negara.
“Setakat ini, Alhamdulillah keadaan di Saudi Arabia, khususnya di Makkah dan Madinah, adalah terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada jemaah kita. Kami sentiasa mengambil langkah proaktif dan optimis terutama dengan berhubung rapat dengan pihak Konsulat Malaysia bagi mendapatkan maklumat rasmi dan terkini. Bekerjasama dengan komuniti Malaysia di Saudi Arabia seperti Kelab Malaysia Hijaz serta rangkaian komuniti tempatan.”
Sentiasa berkoordinasi dengan pihak keselamatan, pihak hotel, dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan jemaah sentiasa terjamin. Keutamaan utama Haramain Team adalah memastikan keselamatan, kebajikan, dan ketenangan semua jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
Menurut Haramain Team lagi, keadaan semua jemaah adalah baik, selamat, dan terkawal. Para mutawwif serta petugas sentiasa menasihati jemaah agar kekal tenang, tidak panik, dan meneruskan aktiviti ibadah seperti biasa.
Pihak berkuasa Arab Saudi juga terus memberi keutamaan kepada keselamatan semua penduduk dan jemaah, serta memastikan keadaan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Kami juga menggalakkan semua jemaah untuk memperbanyakkan doa agar Allah SWT melindungi semua umat Islam, serta memastikan keadaan terus aman dan selamat.
Maklumat yang diterima secara berterusan daripada pasukan operasi di lapangan menunjukkan bahawa semua atur cara perjalanan, termasuk penginapan, pengangkutan dan jadual ziarah, dilaksanakan seperti biasa. Pemantauan keselamatan dilakukan secara konsisten.
Selain itu, komunikasi antara pasukan di Tanah Suci dan ibu pejabat sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan segera melalui saluran rasmi supaya keluarga jemaah di tanah air mendapat maklumat yang tepat dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tidak disahkan.

Status Terkini Perjalanan Jemaah Umrah ikhlas.com
Merujuk kepada kenyataan rasmi berhubung sekatan ruang udara di beberapa laluan Timur Tengah, pihak ikhlas.com ingin memaklumkan perkembangan terkini kepada semua bakal jemaah dan pelanggan.
Berdasarkan makluman oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 28 Februari 2026, sekatan ruang udara di kawasan tertentu berpotensi menyebabkan perubahan jadual penerbangan. Perubahan ini termasuk kelewatan, penjadualan semula, perubahan laluan atau pembatalan penerbangan, tertakluk kepada penilaian keselamatan oleh syarikat penerbangan serta pihak berkuasa berkaitan.
Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat penerbangan di seluruh rantau berkenaan telah mengambil langkah proaktif dengan membuat larasan jadual dan mengubah laluan penerbangan susulan peningkatan kebimbangan keselamatan.
Pihak Pengurusan Tertinggi Umrah ikhlas.com ingin memaklumkan bahawa penerbangan rasmi yang digunakan oleh ikhlas.com iaitu AirAsia X ketika ini beroperasi seperti biasa bagi laluan terus (direct flight) dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi.
Penerbangan ini menggunakan laluan terus ke Terminal Haji di Jeddah International Airport, dan setakat ini tiada gangguan operasi dilaporkan bagi kumpulan jemaah. Pemantauan juga dilakukan sentiasa dan secara langsung dengan pasukan penerbangan AirAsia X, rakan operasi di Arab Saudi iaitu Saraya Al Ansar International dan rakan tempatan, Moses Al-Matrafy Sons.
Nasihat kepada para jemaah, pastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan terkini. Malah, jemaah dinasihatkan membuat pemantauan menerusi saluran rasmi ikhlas.com dan AirAsia. Merujuk kepada nasihat perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra)
Bagi para jemaah, fokus mereka kini adalah mengisi setiap detik di Tanah Suci dengan ibadah dan doa. Dalam keadaan yang terkawal ini, mereka dapat menunaikan umrah dengan penuh khusyuk, saling menyokong antara satu sama lain serta merasai ketenangan yang menjadi dambaan setiap tetamu Allah.
Semoga seluruh jemaah terus diberikan kesihatan, keselamatan dan kelapangan untuk menyempurnakan ibadah, manakala segala urusan dipermudahkan hingga kembali ke tanah air dengan membawa umrah yang mabrur. Sebarang perubahan operasi, sekiranya berlaku, akan dimaklumkan segera melalui saluran rasmi ikhlas.com termasuk laman web, media sosial dan kumpulan komunikasi jemaah.
Terutama menjelang musim panas yang bakal tiba, jangan lepaskan peluang untuk kembali beribadah dengan penuh istiqamah.
Pakej Umrah 1447/1448 Hijrah (2026/2027) bersama ikhlas.com menawarkan pilihan yang berpatutan, mudah dan selamat untuk anda. Setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah jemputan untuk memperbaharui niat, memperkukuh doa dan mendekatkan diri kepada Allah.