Menyantuni 100 Keluarga Penerima Agihan Fidyah di Kampung Sungai Kertas
Marini Mat Zain
2026-02-10
Dalam usaha menyemarakkan semangat Ramadan yang bakal tiba, ikhlas.com meneruskan inisiatif kebajikan menerusi Road to Ramadan, Program Agihan Fidyah & Bakul Makanan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.
Suasana syahdu tapi penuh meriah berlangsung di perumahan Kampung Sungai Kertas, menjadi saksi kepada satu lagi amanah yang ditunaikan. Fidyah bukan sekadar gantian ibadah. Ia adalah lambang kepedulian, tanda bahawa dalam masyarakat ini, masih ada tangan yang menghulur dan hati yang peduli.

Kehadiran yang Menceriakan. Program turut diserikan dengan kunjungan personaliti terkenal, Keanu Azman, seorang pengacara dan penyampai radio yang bersama-sama turun padang menyantuni komuniti setempat.
Sepanjang program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, seramai 25 penerima hadir menerima sendiri sumbangan beras fidyah. Kami turut berkesempatan menziarahi dua keluarga, melibatkan penerima pesakit kronik dan strok.
Dalam kunjungan ke rumah penerima, jelas terpancar rasa syukur dan sebak. Ada yang menyambut dengan senyuman lemah namun penuh harapan. Ada yang hanya mampu mengangguk perlahan, tetapi mata mereka sudah cukup berbicara.
Di situlah makna sebenar fidyah, ia hadir sebagai bantuan, dan dalam masa yang sama membawa rasa bahawa mereka tidak bersendirian.
Keanu bukan sekadar hadir sebagai tetamu, tetapi turut meluangkan masa berinteraksi dengan para penerima. Perbualan ringkas, senyuman yang terukir, dan kata-kata semangat yang diberikan mencipta suasana yang lebih hangat dan bermakna.


“Kakak perlu kuat. Allah masih sayangkan kakak. Jangan lupa ambil ubat dan berehat banyak-banyak. Ini beras sumbangan daripada kami ikhlas.com,” ujarnya kepada penerima sumbangan yang baru dirawat akibat penyakit kronik kencing manis.
Kehadiran kami membuktikan bahawa usaha kebajikan adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira latar belakang atau peranan.
Sinergi komuniti, kekuatan bersama. Kerjasama erat bersama Persatuan Penduduk Kampung Sungai Kertas memastikan agihan berjalan lancar dan tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Setiap kampit beras yang diserahkan adalah amanah. Amanah daripada penyumbang yang mempercayai ikhlas.com untuk menyalurkan fidyah mereka dengan telus dan bertanggungjawab. Amanah ini digalas dengan penuh integriti, kerana setiap sumbangan membawa harapan,” ujar ujar Muhammad Hazlam bin Hazlinizam, Ketua Pengagihan Lifestyle Ikhlas.com.

Program ini bukan sekadar satu acara agihan. Ia adalah langkah awal menuju Ramadan dengan hati yang lebih peduli serta mengingatkan kita bahawa keberkatan bukan hanya pada ibadah yang dilakukan, tetapi juga pada kebaikan yang dikongsikan.
Masih ada ruang untuk kita menggandakan pahala dan memperluas manfaat. Tunaikan fidyah anda melalui ikhlas.com dan bersama kita teruskan misi menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap amal yang dititipkan menjadi saksi kebaikan yang berpanjangan. Ramadan semakin hampir. Bersama-samalah membantu mereka yang memerlukan.
Selain perkhidmatan Umrah dan Pelancongan Mesra Muslim melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia, ikhlas.com turut menawarkan perkhidmatan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Packages








