Lembu Sado & Raikan Asnaf Jadi Tumpuan Utama Majlis Korban Perdana ikhlas.com bersama ST Rosyam Mart

Nurul Atikah Sarji

2025-06-16

Suasana penuh kemeriahan dan kesyukuran berlegar sekitar Masjid Meranti, Puchong apabila lebih daripada 1,000 tetamu termasuk golongan asnaf dan miskin bandar diraikan dalam Majlis Korban Perdana & Kenduri Rewang, anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com), dengan kolaborasi bersama ST Rosyam Mart.

Korban Perdana 2025 (2).png

Antara yang mencuri perhatian dalam majlis ini adalah dua ekor lembu sado. Awang Merah, lembu baka Limosin seberat 1.2 tan yang merupakan Juara Limosin 2025, manakala seekor lagi, Kiko iaitu lembu baka Charolais yang beratnya hampir 1.3 tan yang merupakan pencabar utama dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2024. Kedua-dua lembu sado ini menjadi satu simbol pengorbanan untuk memenuhi tuntutan Islam untuk ibadah korban dalam memilih haiwan korban yang sihat serta berkualiti tinggi.

Korbankan Dua Lembu Sado

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, ikhlas.com amat bersyukur kerana tahun ini dapat menaja dua ekor lembu sado juara bagi memenuhi syariat Islam untuk memilih ternakan terbaik dan berkualiti tinggi, terutama untuk dikongsikan bersama.

Korban Perdana 2025 (6).png

“Buat pertama kalinya selepas menggalas amanah sebagai pelaksana ibadah korban secara atas talian sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 pada 2021, kami amat bersyukur kerana dapat menaja dua ekor lembu sado juara ini.

“Kami juga ingin berkongsi pencapaian ikhlas.com Qurban yang berjaya merekodkan jualan tertinggi dengan 10 ekor lembu sado pada tahun ini. Dengan jumlah yang memberangsangkan, kami meningkatkan sasaran tempahan lembu sado kepada 100 ekor setahun,” katanya.

Dengan pencapaian ini, Ikhlas berkata ikhlas.com menyasarkan tempahan 100 ekor lembu sado sebagai sasaran baharu.

Berbakti kepada Komuniti Setempat

Majlis Korban Perdana 2025 ini diadakan sebagai simbolik sambutan ulang tahun ke-5 ikhlas.com, yang sentiasa mengutamakan kebajian serta sokongan terhadap komuniti setempat, terutamanya dalam mendalami erti pengorbanan dengan penuh kesyukuran pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sebagai penaja utama, wakil ST Rosyam Mart turut turun padang memeriahkan majlis dengan kehadiran Dato' Raymond Ho Cheng Hann (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak) dan Datuk Rosyam Nor (Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd & Penasihat Komersial ikhlas.com). Mereka bersama-sama pihak ikhlas.com mendekati komuniti dan berkongsi rezeki.

Korban Perdana 2025.png
Dato' Raymond Ho Cheng Hann, Ikhlas Kamarudin dan Datuk Rosyam Nor

Selain itu, antara yang turut menyumbang menjayakan majlis ini adalah Global Peace Mission (GPM), Calpis, Lipton dan Foodpanda. Turut serta memeriahkan majlis ini dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Dato’ Fizz Fairuz, Johan As’ari, Riezman Khuzaimi, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed dan Zhiddin Aziz. 

Korban Perdana 2025 (4).pngKorban Perdana 2025 (5).pngKorban Perdana 2025 (7).pngKorban Perdana 2025 (3).pngKorban Perdana 2025.png

Tetamu yang datang juga disajikan dengan demonstrasi masakan oleh chef profesional iaitu Chef Rozaelly Asmat, Chef Abdul Malik Sumalah dan Wirdat Alias daripada jenama Santan.

Dalam majlis yang sama, ikhlas.com turut melancarkan Promo Hijrah, tawaran istimewa sempena sambutan Awal Muharam (27 Jun 2025). Sepanjang kempen dari 7 hingga 30 Jun, pelanggan boleh membuat tempahan pakej umrah atau pelancongan Muslim secara berkumpulan atau persendirian dengan hanya RM50 deposit.

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih melalui Apple App Store dan Google Play.