Korban Awal, Harga Jimat Serendah RM299 dengan ikhlas.com!
Ayu Nadirah
4/25/2025
KUALA LUMPUR, 25 April 2025 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) Qurban Musim 6 1446H menawarkan harga istimewa RM299 untuk pelanggan yang kembali dan terawal menerusi promosi ‘Qurban Awal, Harga Jimat’.
Dengan tawaran sempena ulang tahun kelima ikhlas.com tahun ini, peserta hanya perlu memasukkan kod promosi QURBAN299 semasa pembayaran melalui aplikasi mudah alih ikhlas.com mulai sekarang hingga 10 Mei 2025.
Pilihan pakej ikhlas.com Qurban termasuk Qurban Luar Negara bermula serendah RM299 sebahagian (harga biasa RM330), RM2,310 untuk seekor lembu dan RM550 untuk seekor kambing. Peserta akan menerima bukti visual proses korban dengan sijil digital dihantar menerusi aplikasi ikhlas.com.
Qurban Lokal pula termasuk penghantaran terus bermula RM850 setiap bahagian atau RM5,950 untuk seekor lembu, dan ikhlas.com menawarkan peluang kepada peserta untuk menderma kepada asnaf bermula serendah RM800 untuk setiap bahagian atau RM5,600 untuk seekor lembu.
Tempahan korban secara online adalah pantas, mudah dan selamat melalui aplikasi mudah alih ikhlas.com. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk penerbangan percuma AirAsia ke Phuket dan Langkawi atau pakej Umrah ikhlas.com!
Qurban Awal, Harga Jimat dengan ikhlas.com!
Penghantaran ke Rumah - Penghantaran terus ke alamat pilihan anda
Kongsi Bahagian - Kongsikan bahagian anda dengan asnaf
Status Online - Terima status dan notifikasi secara online
Pembayaran Mudah - Pembayaran mudah dan selamat
AirAsia Reward - 1 poin untuk setiap RM2 yang dibelanjakan
Baucar Umrah percuma bernilai RM200
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari ikhlas.com/qurban atau muat turun aplikasi ikhlas.com menerusi Apple App Store dan Google Play Store.