[Daily Kurma] Pelancaran Laluan Kuala Lumpur-Madinah: AirAsia X dan ikhlas.com Tingkatkan Jaringan ke Arab Saudi

Nurul Atikah Sarji

8/5/2024

IMG_7047.jpg
Meriam air dilancarkan bagi menyambut ketibaan D7 786 di kota Madinah kelmarin

Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meraikan kejayaan besar dalam industri pelancongan umrah bajet dengan penerbangan sulung AirAsia X (AAX) dari Kuala Lumpur ke kota Madinah, Arab Saudi. 

KL_-_Madinah.png

Penerbangan pertama D7 786 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 3:25 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz (Madinah) pada 7:20 malam (waktu tempatan) dengan 243 penumpang, yang mencapai muatan lebih 85 peratus.

CEO AirAsia X, Benyamin Ismail menjelaskan bahawa pelancaran penerbangan ke Madinah merupakan satu langkah penting bagi AirAsia X. 

KL_-_Madinah_(1).png

“Perkhidmatan ini bukan sekadar penambahan kepada rangkaian AAX yang semakin berkembang; ia adalah jaringan penting yang menghubungkan para tetamu ke salah satu bandar paling suci dalam Islam."

“Kami juga berbesar hati sekali lagi berganding bahu dengan ikhlas.com yang menawarkan pakej Umrah mampu milik, menjadikan pengalaman ziarah dapat dinikmati oleh semua orang."

“Perkongsian ini mencerminkan dedikasi kami untuk memperkayakan pengalaman perjalanan para tetamu, memastikan mereka dapat melaksanakan tugas keagamaan mereka dengan mudah dan selesa. Kami berharap dapat mengumpulkan para jemaah serantau ke Madinah dengan penerbangan dua kali seminggu kami mulai hari ini,” katanya. 

KL-Madinah.png

Selain itu, CEO ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin mengungkapkan syukur kerana AirAsia X kini boleh membawa umat Islam menuju ke kota Madinah, yang merupakan tempat ziarah utama umat Islam, yang juga laluan kedua AAX ke Arab Saudi selepas penyambungan semula perkhidmatan ke Jeddah pada November 2022.

IMG_6949.JPG

Dengan dua penerbangan seminggu ke Madinah, menurutnya, ikhlas.com mampu menawarkan pilihan yang lebih selesa dan berpatutan untuk lebih ramai tetamu dan jemaah Malaysia serta serantau untuk mengerjakan umrah. 

Usahasama kami dengan AAX merealisasikan misi ikhlas.com bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap pakej umrah mesra-bajet tapi komprehensif sama ada secara berkumpulan mahu pun Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) yang sentiasa mencari tambang yang rendah supaya lebih fleksibel untuk meneroka tempat-tempat menarik sekitar negara itu sambil mengerjakan umrah,” katanya.

Dalam penerbangan sulung ini, ikhlas.com membawa jemaah bersama pelakon lokal lelaki iaitu Johan As’ari menerima pakej halal Wardah Umrah & Haji secara percuma. Pakej Wardah Umrah & Haji terdiri daripada produk bebas alkohol dan pewangi yang dirumus khas dengan bahan-bahan semula jadi dan formulasi yang dipertingkatkan untuk menjaga kulit agar sentiasa lembap, bersih, dan sihat dalam cuaca dan iklim yang ekstrem, memastikan para jemaah dapat menjalani perjalanan yang bermakna dengan selesa dan penuh keyakinan.

KL_-_Madinah_(4).png

Pakej mesra perjalanan ini merangkumi Balsem Rawatan Bibir Wardah, Pembersih Rambut & Badan, Pembersih Muka, Pelindung Matahari SPF 50 PA+++, Pelembap Intensif, Deodoran Anti-Peluh, dan botol semburan mini untuk Air Zam Zam.

Wakil jenama Wardah, Aishah Jailani, berkata, "Kami gembira untuk menawarkan Pakej Umrah & Haji ini kepada para jemaah Ikhlas hari ini. Kami mahu pengguna kami mendapat pengalaman terbaik semasa perjalanan suci dan rohani mereka, dan yakin bahawa keperluan penjagaan kulit mereka diuruskan oleh jenama Halal yang dipercayai."

KL_-_Madinah_(2).png

Seterusnya, sempena penerbangan sulung ini, ikhlas.com menawarkan promosi ‘Sama-Summer Umrah’ dengan diskaun RM1,000 bagi tempahan untuk 4 orang atau RM500 bagi tempahan untuk 2 orang, dari 1 hingga 31 Ogos 2024.

IMG_3036.JPG

IMG_6766.JPG

Oleh itu, anda kini boleh menempah pakej umrah dengan ikhlas.com bermula dari RM4,990 untuk Umrah Super Economy; RM6,490 untuk Umrah Economy; RM7,390 untuk Umrah Standard; atau RM8,090 untuk Umrah Premium. Semua pakej termasuk penerbangan pergi balik dengan AAX. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.