[Daily Kurma] Menghayati Makna Korban Bersama ikhlas.com
Hanan Latip
6/19/2024
![[Daily_Kurma]_Menghayati_Makna_Korban_Bersama_ikhlas.com.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltfd2e07bef0f6ed62/670f4ef1deba255a93a0e8cc/Daily_Kurma_Menghayati_Makna_Korban_Bersama_ikhlas.com.png)
Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) telah mengadakan Program Korban Perdana 2024 bersempena Hari Raya Aidiladha yang berlangsung sejak 17 Jun sehingga 19 Jun 2024. Program ini berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu hampir 30,000 kilogram daging korban segar telah diedarkan kepada lebih 120,000 penerima di dalam dan luar negara. ikhlas.com telah membuat korban menggunakan lembu sado satu ekor di setiap tempat dan 2 ekor di Terengganu.

Qurban Perdana ikhlas.com 2024 telah berlangsung di tujuh lokasi iaitu Masjid Ibnu Mas'ud, Jalan Damai Kuala Lumpur; Masjid Meranti, Puchong Selangor, Kem Tun Ibrahim, Kajang dengan usahasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Batalion Rejimen Ke-31 Artileri Diraja dan Masjid Jamek Tan Sri Jalil Hassan, Pasir Gudang Johor dengan usahama Halo Telco.



Turut hadir CEO Bieziy seorang influencer TikTok, menyantuni penduduk di kawasan Masjid At-Taqwa Kampung Melayu Subang. Di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Petaling Jaya, penasihat Komersial ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor pula telah membuat kemunculan khas kepada warga ANGKASA. Tidak dilupakan juga, dua ekor lembu sado sumbangan Mahsuri Dagang Sdn Bhd dan Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah diagihkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan golongan asnaf di Pulau Redang.

Disebalik ibadah korban yang dilakukan ini, ia mengajar kita sebuah keikhlasan dan pengorbanan. Korban dibuat agar dapat 'membunuh' rasa kepemilikan terhadap harta, jawatan, ego, perkara yang disayangi dan dimiliki kerana hakikatnya semua milik Allah SWT dan Allah berhak kepadanya. Semoga kita sentiasa bersyukur di atas rezeki dan kurniaanNya.
Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.