[Daily Kurma] Lembu Sado Tetap Menjadi Pilihan Utama Korban Ikhlas.com Tahun Ini

Hanan Latip

5/27/2024

L1010898.png

Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) kekal memilih lembu sado sebagai haiwan korban pada tahun 2024 untuk kali kelima.

IKHLAS Qurban sekali lagi telah bekerjasama untuk mendapatkan lembu sado daripada penternak lembu di Felda Tembangau 2, Muhammad Bakri Bukhari, 39.

Menarik lagi, pelakon terkenal dan juga merupakan duta ikhlas.com, Dato' Rosyam Nor turut terlibat sama di dalam kempen IKHLAS Qurban, 'Be The Best!' untuk tahun ini. Turut berkolaborasi bersama influencer terkenal TikTok iaitu CEO Batu dan juga CEO Bieziy dipilih kali ini bagi memaparkan imej sado yang setanding dengan lembu sado.

CEOs campaign sado.JPG

Menjelang hari raya Aidiladha tidak lama lagi, ikhlas.com menyasarkan 8 ekor lembu sado untuk dikorbankan bagi dimanfaatkan kepada lebih 6,700 keluarga (6.7 tan).

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melakukan korban bersama ikhlas.com bagi menyempurnakan ibadah korban anda dengan lebih mudah juga memang dipercayai disamping turut dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan di luar sana.

korban kv.jpg

Anda masih lagi berpeluang untuk melakukan ibadah korban bersama ikhlas.com kerana anda boleh membuat tempahan sebelum ia berakhir pada 10 Jun 2024 11.59 malam dan korban luar negara pada 17 Jun 11.59 malam.

Jika mendaftar dalam tempoh 24 Mei hingga 3 Jun 2024, anda bertuah kerana dapat melakukan korban dengan serendah RM299 sahaja! Jadi apa tunggu lagi, jom daftar korban dengan ikhlas.com sekarang!