[Daily Kurma] Ikhlas.com Terima Anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik Tahun 2023
2024-05-15
Pada 14 Mei 2024, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menerima Anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik buat kali pertama pada Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) 2024 yang berlangsung di Dewan Orkid PKPS, Shah Alam, Selangor.
Menurut Bernama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) komited menerajui perubahan dalam industri zakat negara selepas muncul selaku institusi zakat pertama mencatatkan prestasi agihan berjumlah RM1.05 bilion, tertinggi sejak penubuhannya pada 1994.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata pencapaian bersejarah yang direkodkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 itu dicapai hasil keras dan profesionalisme semua pihak termasuk rakan strategik LZS dalam urusan perkhidmatan kutipan dan agihan.
Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) 2024 telah diadakan bagi meraikan rakan strategik LZS dalam kalangan ejen dan majikan yang terlibat di dalam urusan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat.
IKHLAS Zakat telah menjadi ejen berdaftar yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2022 yang lalu dan berjaya mengutip sebanyak RM1,221,418 secara online dan RM7,228,365.7 secara offline pada tahun 2023.
ikhlas.com telah memenangi beberapa anugerah seperti:


.jpeg)
1) Tempat Ketiga Ejen Perunding Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tahun 2023.
2) Anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik.
Tahukah anda, ikhlas.com menyediakan one-stop center bagi memudahkan urusan anda seperti membayar zakat dan fidyah, melakukan korban dan akikah, bersedekah, melakukan umrah dengan harga mampu milik dan murah, dan ada pakej travel yang muslim-friendly! Nak tahu lebih lanjut? Klik saja link ini!