3 Cara Mudah Sewa Hanbok ke Istana Gyeongbokgung

Hanan Latip

2025-05-23

3 Cara Mudah Sewa Hanbok ke Istana Gyeongbokgung.pngNak berjalan-jalan di kawasan Istana Gyeonbokgung tetapi anda tidak tahu nak buat apa? Teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan idea apa yang boleh anda lakukan di sekitar istana popular ini.

Di Seoul, terdapat lima istana diraja iaitu Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung, Istana Changgyeonggung, Istana Deoksugung dan Istana Gyeonghuigung. Istana Gyeongbokgung adalah istana yang paling cantik dan kekal terbesar berbanding istana yang lain. Setiap trip ikhas.com ke Korea Selatan, anda akan berpeluang melawat Istana Gyeongbokgung. Apabila sudah menjejakkan kaki ke sini, anda tentu tidak akan lepaskan peluang untuk OOTD sambil menggayakan hanbok iaitu pakaian tradisional masyarakat di sini.

Fakta penting, jika anda memakai hanbok, anda boleh masuk secara percuma ke dalam Istana Gyeongbokgung!

Tiga Cara Mudah Sewa Hanbok

Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk menyewa hanbok:

3 Cara Mudah Sewa Hanbok ke Istana Gyeongbokgung (2).png

  1. Beberapa meter berdekatan dengan istana, anda akan temui banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa hanbok. 

  2. Anda ada dikenakan cas bayaran mengikut jenis baju, rambut yang akan digayakan dan juga aksesori.

  3. Tip tambahan bagi wanita yang beragama Islam, anda digalakkan untuk membawa inner berwarna putih dan krim kerana kain Jeogori adalah nipis dan boleh menampakkan tubuh badan. Selain itu, anda digalakkan untuk memakai tudung berwarna pastel lembut dan tiada corak. Jadi lebih mudah untuk dipadankan dengan hanbok pilihan anda!

Tempat & Aktiviti dalam Istana Gyeongbokgung

Kawasan Istana Gyeongbokgung sangat luas, jadi anda boleh tetapkan dalam itinerari untuk luangkan masa dalam istana sekitar dua ke tiga jam untuk OOTD dan melakukan aktiviti yang lain. Contohnya adalah seperti berikut:

3 Cara Mudah Sewa Hanbok ke Istana Gyeongbokgung (3).png

  • Istana Gyeongbok 

  • Muzium Rakyat Kebangsaan Korea 

  • Muzium Istana Negara Korea

  • Astaka dan kuil

  • Ruang kediaman dan ruang pejabat

  • Upacara pertukaran pengawal

Jangan lupa untuk dapatkan peta istana di pautan ini. 

Baca juga: Itinerari 6H4M Ke Korea Musim Luruh

Korea travel package.png