Wardah Membawakan Set Umrah & Haji dengan Pensijilan Halal ke Malaysia

Ayu Nadirah

7/22/2024

Wardah_Membawakan_Set_Umrah_&_Haji_dengan_Pensijilan_Halal_ke_Malaysia.png

Baru-baru ini ikhlas.com dijemput menghadiri acara Wardah Skinverse yang bertempat di The Exchange TRX Kuala Lumpur. Acara selama lima hari yang berlangsung dari 17 sehingga 21 Julai itu menyaksikan jenama kecantikan yang berasal dari Indonesia itu membawa inovasi baharu dalam penjagaan kulit yang lebih efektif.

Wardah Personalised RoboSkin

Wardah memperkenalkan Personalised RoboSkin iaitu perintis teknologi penjagaan kulit robotik yang menggunakan kepakaran artificial intelligence (AI). Teknologi baharu ini menganalisis profil kulit, memanfaatkan data daripada Wardah Skin Genomic Research. Dengan mengetahui keperluan kulit individu, Personalised RoboSkin boleh menghasilkan rutin penjagaan kulit yang khusus bersesuaian dengan keperluan tertentu.

D1_01960.JPG

Selain menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung dan penjualan produk dengan harga istimewa, acara besar ini turut membawakan barisan pakar dan personaliti yang berkongsi pendapat serta pelbagai tip berguna berkaitan ilmu penjagaan kulit wajah. Antara yang hadir adalah Dr Liyana Dhamira, Dr Wina, Dr Say Shazril dan duta jenama Wardah sendiri iaitu Elfira Loy.

Wardah Umrah & Hajj Package Memudahkan Jemaah

Wakil daripada iklas.com juga diundang menjadi panel jemputan dalam membincangkan topik Gaya Hidup Halal dalam Travel dan Penjagaan Kulit. Pengurus Besar ikhlas.com, Nur Fatin Amalia atau mesra disapa Bulan berkongsi pengalamannya dalam mengendalikan pakej umrah dan jemaah selama ini, di mana antara perkara yang dititik beratkan semasa mengerjakan umrah adalah penggunaan produk yang mesra ibadah dan halal.

Wardah_Umrah_&_Hajj_Package.png
Pengurus Besar ikhlas.com, Nur Fatin Amalia

"Cuaca di sana panas dan kering. Kulit muka dan bibir akan jadi sangat kering dan mudah menggelupas. Jadi kebanyakan jemaah pasti akan bertanyakan tentang produk seperti sunscreen dan pelembap bibir. Ramai juga jemaah yang terlupa keperluan ini atau khuatir untuk menggunakan sesetengah produk sewaktu mereka berada dalam ihram. Banyak pantang larang yang wajib dijaga sepert tidak boleh berwangi-wangian. Dengan adanya Wardah Umrah & Hajj Package ini, ia akan memudahkan jemaah. Tidak perlu lagi berasa was-was untuk bawa satu set ini ke tanah suci kerana ia tiada alkohol dan diakui halal," antara perkongsian Bulan di acara Wardah Skinverse yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, sebelum set umrah dan haji daripada Wardah ini dilancarkan di Malaysia, pihak Wardah telah sudi menaja kesemua 51 jemaah ikhlas.com dalam penerbangan pertama Airasia X (AAX) untuk laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Madinah pada 4 Ogos kelmarin.

Set ini hadir dengan hair and body wash, face cleanser, sunscreen SPF 50 PA+++, intensive moisturizer, anti-perspirant deodorant, lip treatment balm dan zam-zam spray dalam sebuah beg kecil. Ia juga diselit dengan manual ringkas sebagai panduan ibadah umrah. Wardah Umrah & Hajj Package telah tiba di pasaran Malaysia dan boleh anda dapatkan di laman Shopee mereka Wardah Umrah & Hajj Package.

Wardah_Umrah_&_Hajj_Package_3.png
Wakil Wardah, Yuhanis Firza Yusrizal memperkenalkan Wardah Umrah & Hajj Package
Wardah_Umrah_&_Hajj_Package_2.png

Kredit foto: Wardah