Tip Cukupkan 8 Gelas Sehari Walaupun Berpuasa
Nurul Atikah Sarji
2/15/2024
Pengambilan air yang secukupnya dalam aktiviti seharian dan lebih penting sekali jika kita merancang untuk berpuasa tidak kiralah di bulan Ramadan, puasa sunat mahupun puasa ganti, ia sangat penting bagi setiap individu bagi menghindari masalah dehidrasi. Hal ini kerana air sangat penting untuk menyokong fungsi penghadaman dan memberikan tenaga kepada badan untuk kekal aktif walaupun sedang berpuasa.
.png)
Namun demikian, ramai individu masih sukar untuk mengekalkan pengambilan 8 gelas air sehari apatah lagi apabila berpuasa. Jom kita ketahui tip yang boleh diamalkan untuk pengambilan air putih secukupnya berdasarkan senarai cadangan di bawah:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat sunat Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
Paling utama, hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
Hadis daripada Umar bin al-Khattab RA, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.”
- (Riwayat al-Bukhari)
InshaAllah, dengan mengamalkan tip di atas secara konsisten, anda akan kekal sihat dan cergas walaupun berpuasa. Selamat beramal!
Boleh baca artikel lain, Kurma 'butter' Kegemaran Rasulullah.