Mandi Bunga Senang Dapat Jodoh?
Nurul Atikah Sarji
1/17/2024
Mandi bunga merupakan kaedah rawatan Melayu yang dikatakan merupakan ikhtiar kita untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Kombinasi air, warna dan haruman bunga berfungsi untuk menurunkan hormon stres, serta mampu untuk menangani masalah emosi dan mental.
Tetapi ada segelintir daripada masyarakat kita berpendapat dan percaya bahawa mandi bunga menjadi salah satu usaha untuk mempercepatkan dan menarik jodoh. Hal ini kerana ada sesetengah masyarakat Melayu menjelaskan bahawa acara mandi bunga sebenarnya boleh mempercepatkan jodoh terutamanya bagi wanita.
Dari segi saintifiknya pula, ia merupakan satu amalan yang baik. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga membantu seseorang itu berasa segar, sekaligus membantu menaikkan seri wajah disebabkan khasiat yang terdapat di dalam bunga yang diserap ke dalam badan.Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa jika perbuatan ini tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat, dan menganggap perbuatan ini sebagai ikhtiar demi kesihatan tubuh badan, maka tidak mengapa dan dibolehkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Akan tetapi, jika niat kita semata-mata untuk tujuan jodoh, maka hukumnya adalah haram dan termasuk dosa besar dan perkara yang perlu dijauhi bagi setiap Muslim dan sebaiknya kita perlu meminta kepada Allah SWT.
Seharusnya, perkara utama yang boleh kita lakukan terutama bagi wanita untuk mendapatkan jodoh sebenarnya, kita perlu berdoa kepada Allah SWT, beristighfar dan juga bertaubat.
Selain itu, kita juga perlu percaya bahawa jodoh ini merupakan sebahagian daripada rezeki. Tetapi, dalam masa yang sama, kita juga perlu berusaha dengan cara yang harus dan tidak menyalahi syarak.
Betulkan niat anda terlebih dahulu dan selamat beramal. Baca pula artikel Pentingnya Pasangan Sekufu Dalam Membina Rumah Tangga Bahagia