Destinasi 'Healing', Terapi Berinspirasi Tropika
Marini Mat Zain
2025-12-08
Bayangkan di tengah-tengah kota, ada sebuah ruang yang menawarkan ketenangan, keseimbangan dan sentuhan alam semula jadi. Maka, lahirlah suasana sepetinya, iaitu sebuah hub kesihatan urban yang dicipta khusus untuk membantu anda menyegarkan tubuh, menenangkan minda, dan mengembalikan kesejahteraan dalaman.
Mengambil inspirasi daripada hutan hujan tropika yang penuh kehidupan dan tenaga, Vibes Urban Wellness membawa suasana hijau yang hangat dan menenangkan ke dalam ruang moden. Di sinilah anda boleh melarikan diri seketika daripada kesibukan kota dan menikmati pengalaman spa yang menyeluruh — dari terapi tubuh hinggalah rawatan wajah dan ritual tradisional yang telah diamalkan sejak turun-temurun.
Vibes juga bekerjasama dengan spa artisan tempatan dalam menghasilkan produk yang diperoleh secara beretika. Usaha ini bukan sahaja menyokong komuniti, tetapi juga memastikan setiap produk yang digunakan kaya dengan kebaikan semula jadi.
Untuk pengalaman yang lebih mendalam, Vibes turut menawarkan rangkaian rawatan premium. Undangan membuat rawatan spa diterima sebelum lawatan kerja luar negara. Beberapa rawatan dipilih, dirumus khas untuk merehatkan tubuh dan minda sebelum kembali berperang dengan kesibukan kerja.

Himalayan Salt Alcove : Himalayan Salt Alcove menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti detoksifikasi, melegakan tekanan, meningkatkan sistem pernafasan, meningkatkan metabolisma tubuh untuk membantu penurunan berat badan, memperbaiki tona kulit, serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Berbeza dengan sauna konvensional, suhu di dalam Himalayan Salt Alcove dikekalkan pada maksimum 42°C, membolehkan anda berada lebih lama untuk menikmati manfaat terbaik. Haba lembut ini membantu mengewapkan kristal garam menjadi mikro-partikel yang anda sedut perlahan-lahan — memberikan pengalaman rehat dan penyembuhan yang semula jadi.
Collagen Age-Correction Facial : Rawatan anti-penuaan dan menganjal wajah ini direka untuk membentuk kontur, menegangkan wajah, serta mengembalikan keremajaan kulit. Menggunakan kolagen marin dan elastin bernilai tinggi, bersama bahan antioksidan serta teknik urutan pengangkatan inovatif, rawatan ini membantu mempercepatkan pembaharuan sel, membentuk semula, menegangkan, melembapkan dan melindungi kulit daripada pencemaran luar melalui kaedah eksfoliasi manual.
Seolah-olah mengalami mini face-lift, rawatan ini merangsang proses rekonstruksi epidermis — membuatkan anda kembali segar, tegang dan tampak lebih muda.
Lemongrass-Keffir Lime Anti-Cellulite Scrub : Rawatan badan eksklusif ini menggunakan ekstrak serai, limau keffir, dan jintan manis yang secara tradisinya dipercayai dapat mengurangkan pengekalan air dan mengecilkan penampilan selulit, sambil mengembalikan tona kulit dan menegangkan tubuh.
Rawatan ini bukan sahaja membersihkan kulit secara menyeluruh, tetapi juga memberikan sensasi segar dan bertenaga, menjadikan kulit lebih halus, licin, dan tegang.

Tradisional Urutan Malaysia : Urut ialah terapi tradisi yang diwarisi turun-temurun, biasanya daripada ibu kepada anak perempuan sebagai penjagaan kesihatan keluarga. Rawatan ini menggabungkan teknik urutan panjang berirama serta tekanan mendalam pada laluan tenaga dalam tubuh dan titik tekanan bagi melegakan sakit otot serta menghilangkan ketegangan.
Menggunakan ramuan herba tempatan yang dirumus khas, rawatan ini membantu melancarkan peredaran, memulihkan tenaga dan memberikan rasa lega yang menyeluruh. Sesi dimulakan dengan ritual rendaman kaki sebagai simbolik ucapan selamat datang dan membuka laluan tenaga melalui titik refleksologi — membawa anda ke tahap rehat yang lebih mendalam.
Aquatherapy Dry Flotation : Satu-satunya di Malaysia, rawatan ini menawarkan spektrum manfaat yang luas daripada mengurangkan simptom jet lag, membantu pergerakan limfa, anti-selulit, detoksifikasi, hinggalah kepada memelihara dan meremajakan kulit.
Ketika anda diselubungi dalam ‘kepompong’ hangat yang menenangkan, tubuh anda akan terapung dalam keadaan berat sifar, mencipta sensasi anti-graviti yang membolehkan nutrien menyerap lebih jauh ke dalam lapisan kulit.
Sesi selama 30 minit dikatakan memberi kesan setara dengan lapan jam tidur berkualiti, menjadikannya antara program peningkatan tidur terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan pemulihan segera.

Setiap tetamu yang datang akan melalui sesi konsultasi bagi memastikan rawatan yang diterima benar-benar sesuai dengan keperluan dan keadaan tubuh. Di sini, semuanya bersifat personal dan direka khas untuk anda. Setiap rawatan memberikan pengalaman dan kesan yang berbeza, membolehkan anda merasai manfaat tersendiri setiap kali menjalani rawatan.
Selepas sesi rawatan, anda akan merasai ketenangan yang mendalam. Tubuh terasa ringan, minda lebih tenang, dan segala ketegangan seolah hilang, membolehkan anda menikmati saat-saat relaksasi sepenuhnya.
Vibes bukan sekadar spa, tetapi sebuah ruang untuk menghubungkan tubuh, minda, dan jiwa. Dengan suasana tropika yang damai, setiap rawatan memberi pengalaman unik yang menyegarkan dan memulihkan tenaga.
Keluar dari Vibes, semangat baru menyertai setiap langkah anda. Dengan tenaga diperbaharui dan mood yang lebih positif, anda bersedia menghadapi hari dengan lebih ceria dan mampu melunaskan kerja lebih bertenaga.