5 Tema Warna Baju Raya Tahun 2024

Hanan Latip

3/18/2024

Pejam celik pejam celik kita sudah masuk bulan Ramadan. Soalan kebiasaan yang ditanya bila dah nak dekat raya ni adalah mengenai persiapan raya anda seperti baju raya. 

Anda masih keliru nak pilih warna apa sebagai tema hari raya anda untuk tahun ini? Atau tidak tahu nak pilih warna apa? Teruskan membaca bagi mengetahui 5 tema warna baju raya tahun 2024!

1. Oren Bata

orenbata.jpg
Kredit foto: NADA Identity

Pada tahun 2024 ini, warna oren bata telah menjadi pilihan ramai. Bukan saja baju kurung, kini dress, baju kemeja dan blouse telah dijual dengan warna ini. Ramai usahawan dan pereka fesyen dari dunia fesyen telah mengeluarkan pelbagai rangkaian baju berwarna oren bata untuk koleksi raya tahun ini dan ini lagi menghangatkan industri fesyen!

Bagi kaum hawa, pastikan anda padankan dengan warna tudung yang bersesuaian. Jika tidak, nanti anda akan kelihatan pelik dan kurang menyerlah.  

Untuk pilihan lebih selamat, anda boleh padankan dengan tudung berwarna putih, coklat cair atau oren bata. 

2. Coklat Cair

coklat_cair_.jpg
Kredit foto: CalaQisya

Coklat cair pula warna yang neutral dan lembut bagi anda yang ingin menggunakan warna yang kekal relevan. Warna ini juga antara warna ‘selamat’ jika ingin sedondon dengan pasangan anda kerana mereka kurang gemar bermain dengan warna dan majoritinya mempunyai kulit sawo matang.

Warnanya yang lembut, mudah untuk anda padankan dengan tudung dan aksesori yang berwarna krim, hitam, dusty rose, taupe dan macam-macam lagi!

3. Hitam

hitam.jpg
Kredit foto: Caftanist

Inginkan kelainan dari warna-warna yang sering digunakan? Pilih saja tema warna hitam sebagai warna pilihan hari raya anda. Warna ini telah menjadi trend pada tahun 2023 dan kekal relevan dan menjadi pilihan ramai pada 2024! 

Baju berwarna hitam ini dapat mencetuskan imej elegan dan klasik lebih-lebih lagi jika direka dengan baju tradisional seperti baju kurung dan kebarung. Padanan baju bersama songket, sulam atau manik sudah pasti akan membuatkan baju raya anda tampak mahal. Anda juga mempunyai banyak pilihan untuk padanan tudung, beg dan juga kasut.

4. Kuning Cair

kuning_cair.jpg
Kredit foto: Bulan Bintang

Untuk kelihatan manis dan sukakan warna pastel, anda pilih warna kuning cair untuk hari raya nanti. Warna ini akan membuatkan anda lebih menarik seolah-olah anda seperti keluarga diraja!

Bagi orang perempuan, anda boleh padankan tudung dengan warna sage green, peach, ataupun cranberry untuk tampak lebih menyerlah. Tidak kurang juga jika anda mengenakan tudung kuning cair agar kelihatan sedondon dengan baju raya. Jadi, pastikan anda mix and match dengan warna yang tepat ya!

5. Merah Gelap

merahgelap.jpg
Kredit foto: Hijabistahub

Siapa tidak kenal dengan warna merah gelap yang berjaya menambat hati wanita mahupon lelaki kerana warnanya yang begitu menyerlah dan cantik! Bagi sesiapa yang menggayakan pakaian berwarna merah gelap ini pasti akan kelihatan elegan dan mewah tau.

Di dalam indsutri fesyen, telah banyak butik dan usahawan mengeluarkan koleksi pakai raya berona merah gelap dengan bermacam jenis rekaan menarik ketika raya nanti.

Buat kaum hawa, anda tidak perlu runsing untuk padankan dengan tudung warna apa kerana warna merah gelap sesuai dengan soft peach, salmon, kuning cair, hitam, coklat cair dan sebagainya. 

Antara warna-warna di atas, anda suka warna yang mana untuk dijadikan tema baju raya pada tahun 2024 ini?