5 Amalan dan Makanan Sunah Ketika Sahur
Ayu Nadirah
2/21/2024
Berpuasa di bulan Ramadan memerlukan umat Islam untuk bersahur bagi memberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari. Sahur juga adalah sunat yang dituntut. Selain makan sewaktu sahur, ada juga beberapa amalan sunah lain yang boleh anda lakukan untuk menggapai keberkatan di bulan yang mulia ini.

Pastinya anda bangun awal sebelum Subuh untuk menjamah sedikit makanan dan minuman. Makan sahur dapat memberi kekuatan sewaktu berpuasa di siang hari. Perbuatan sahur ini juga yang membezakan puasa orang Islam dan ahli kitab. Seorang Muslim tidak patut meninggalkan sahur walaupun sekadar minum air kosong. Sahur yang paling afdal adalah dengan makan buah tamar seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
.png)
2. Beristighfar
Disebut dalam Al-Quran bahawa waktu yang tepat untuk beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT adalah pada waktu pagi sebelum fajar. Jadi, amat digalakkan untuk anda bangun sedikit awal sebelum waktu Subuh untuk bersahur dan perbanyakkan istighfar. Seperti yang telah Allah sebut dalam Al-Quran:


3. Berdoa
Selain memohon keampunan daripada Yang Maha Pengampun, sahur juga adalah waktu terbaik untuk anda memperbanyakkan doa kepada Allah. Sampaikanlah segala hajat dan isi hati kepada-Nya dengan penuh yakin. Waktu sahur pada bulan Ramadan adalah waktu yang digalakkan untuk kita berdoa seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Sepertiga akhir malam iaitu kira-kira jam tiga pagi sehingga sebelum Subuh adalah waktu yang sangat istimewa, di mana Allah akan mengampunkan hamba-Nya yang memohon keampunan, selain ia menjadi waktu mustajabnya doa. Rugi jika anda bangun pada penghujung malam hanya untuk bersahur. Rebutlah peluang yang telah Allah SWT sediakan di bulan mulia ini untuk memperoleh sebanyak mungkin pahala dan keampunan daripada-Nya.
4. Solat Tahajud dan membaca Al-Quran
Apabila anda sudah terbangun awal untuk bersahur, alangkah baiknya jika anda juga hidupkan Ramadan dengan solat Tahajud dan membaca Al-Quran. Ia adalah amalan sunat bulan puasa yang dapat meningkatkan kualiti iman seseorang, menggapai reda Allah dan menambah pahala.
5. Melewatkan waktu bersahur
Umat Islam sangat dituntut untuk mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa. Waktu imsak iaitu sekitar 10 minit sebelum Subuh, bukanlah waktu bermulanya puasa. Anda masih lagi boleh makan dan minum pada waktu ini. Imsak adalah waktu untuk berjaga-jaga supaya tidak makan berlebihan sehingga melepasi waktu yang ditetapkan, iaitu apabila masuknya waktu solat Subuh. Apakah hikmah di sebalik suruhan untuk melewatkan bersahur? Ia adalah supaya anda dapat terus berjaga untuk menunaikan kewajipan solat Subuh. Jika anda bangun awal untuk bersahur, ada kemungkinan besar untuk anda tidur semula dan lewat untuk bangun solat Subuh.
Kesimpulannya, keberkatan sahur terbahagi kepada dua iaitu:
- Keberkatan syariyyah iaitu keberkatan pada waktu sahur dalam mengikut sunah Rasulullah SAW. Mendapat ganjaran dan pahala penyebab kepada beristighfar, berzikir dan berdoa pada waktu sahur yang menjadi waktu mustajab doa.
- Keberkatan badaniyah iaitu keberkatan pada bersahur yang memberikan sumber nutrien dan tenaga kepada tubuh, selain memberikan kekuatan untuk berpuasa dalam menahan lapar, dahaga dan nafsu.
Cubalah semampu mungkin dalam merebut keberkatan di bulan Ramadan yang datangnya hanya setahun sekali. Cuba perbaiki amalan dan peribadi diri supaya ia menjadi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.