'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

8/26/2024

scammer di makkah n madinah.jpg

Iya betul! Tajuk yang anda baca tidak salah malah benar! Di Tanah Suci pun ada individu yang mengambil kesempatan untuk scam para jemaah yang datang untuk menunaikan ibadat haji mahupun umrah semasa di Makkah dan Madinah. Bagi sesiapa yang akan pergi ke Mekah dan Madinah tidak lama lagi, teruskan membaca untuk elakkan diri dari kena scam dengan scammer! Teruskan membaca!

1. Ketika Berada di Hajarul Aswad

Ketika anda berada di kawasan ini, akan ada individu yang akan buat servis untuk beri bantuan kepada jemaah untuk mencium hajarul aswad tetapi dengan cara yang salah! Mereka akan tolak orang lain yang ada disekeliling dan kemudian akan cas dengan jumlah bayaran tak masuk akal sehingga ada yang kena bayar sehingga beribu-ribu riyal!

2. “Can you speak English?” 

Modus operandi yang berlaku dengan ada individu atau keluarga yang datang menghampiri dan akan beritahu kisah yang menyedihkan bagi meminta simpati seperti tiada duit tiket balik, duit kena curi dan sebagainya. Jika anda beri wang yang kecil,  mereka akan ‘meminta’ lebih banyak. Jadi, perhatikan orang yang ada disekeliling anda dan pasti anda berani untuk pergi dari tempat tersebut. 

3. Servis Ambilkan Gambar

Scammer ini akan datang ke arah jemaah dan offer untuk ambilkan gambar menggunakan kamera mereka. Kemudian, mereka akan meminta anda bayar dalam jumlah beratus-ratus riyal. Anda jangan salah sangka ianya free ya!

4. Teksi

Bagi memudahkan pergerakan di negara orang, pasti anda akan mengambil keputusan untuk gunakan teksi kerana lagi cepat dan selesa. Tetapi, pemandu teksi juga akan mengambil kesempatan untuk memaksa bayar lebih dari yang sepatutnya. Bagi mengelakkan anda dipaksa bayar lebih, pastikan anda bertegas dan jangan bersikap lembut dengan mereka. 

5. Ketika Tahallul

Semasa anda ingin menggunting rambut ketika tahallul, akan ada individu yang buat servis menggunting rambut. Lebih baik untuk anda mengelak dari mengambil servis tersebut kerana dikhuatiri akan dikenakan cas yang tinggi. 

Jadi, jika berlaku situasi ini, anda boleh ambil pendekatan untuk elak dan tegas terhadap mereka. Diharapkan perkongsian berguna ini membuatkan anda lebih berhati-hati dan tidak akan membuatkan duit anda terbang! 

Baca artikel lain di sini:

Kemurungan di Kalangan Wanita

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Jangan Berat Mulut & Tip Solo Travel Ala Pojiegraphy