Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

2024-08-27

Kerisauan kebanyakan kaum wanita adalah sekiranya datang haid sewaktu mengerjakan umrah. Rata-rata wanita akan terasa rugi kerana tidak boleh menunaikan solat dalam masjid, mahupun melakukan tawaf. Namun, di sini kami kongsikan sedikit panduan kepada wanita dalam mengatur dan memahami ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh haid di tanah suci.

Panduan_Umrah_buat_Wanita_Datang_Haid.png

Rancang perjalanan umrah anda

Sebagai wanita, jangkaan kitaran haid adalah amat penting sewaktu merancang ibadah umrah. Allah memberikan keistimewaan buat kaum hawa dalam tempoh ini, di mana ada sesetengah ibadah yang tidak boleh dilaksanakan. Wanita yang sedang datang haid tidak boleh melakukan tawaf. Jadi, sebaiknya anda catat dan semak kitaran haid supaya anda dapat merancang perjalanan umrah pada waktu suci.

Menangguh haid dengan ubat

Sekiranya anda sudah tiada pilihan lain, anda boleh melambatkan datangnya haid dengan ubatan khusus. Paling penting adalah anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu dan dapatkan pandangan pakar mengenai tahap kesihatan serta ubat yang sesuai dengan tubuh anda.

Datang haid sewaktu umrah

Haid tidak menghalang anda untuk berniat ihram dan berada dalam keadaan berihram, tetapi tidak boleh melaksanakan tawaf mengelilingi Kaabah sehinggalah kitar haid itu tamat. Tanpa melengkapkan pusingan tawaf, anda tidak boleh meneruskan rukun umrah yang lain seperti saie. Tunggu sehingga tempoh haid habis, suci dan telah mandi wajib untuk meneruskan tawaf, saie dan tahalul.

Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat al-Qasim bin Muhammad yang mengatakan bahawa beliau mendengar Aisyah RA berkata:

خَرَجْنَا لاَ نَرَى إِلَّا الحَجَّ، فَلَمَّا كُنَّا بِسَرِفَ حِضْتُ، فَدَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي، قَالَ: مَا لَكِ أَنُفِسْتِ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ، فَاقْضِي مَا يَقْضِي الحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِي بِالْبَيْتِ

Maksudnya: "Kami keluar tanpa memikirkan kecuali untuk mengerjakan haji. Apabila kami berada di Sarif, aku kedatangan haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: "Kenapa dengan kamu, adakah kamu telah kedatangan haid?" Aku menjawab: "Ya." Nabi SAW bersabda: "Ini adalah suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah kepada wanita-wanita dalam kalangan anak-anak Adam. Lakukan sepertimana orang-orang haji tunaikan, cuma kamu jangan bertawaf di Baitullah."

Langkah melaksanakan umrah buat wanita yang datang haid

Langkah pertama: Ihram

Anda boleh berniat ihram kecuali melakukan solat sunat dua rakaat sebelum berihram.

Langkah kedua: Tawaf

Anda perlu menunggu sehingga kitaran haid tamat, kemudian mandi wajib sebelum meneruskan tawaf. Anda tidak boleh memasuki kawasan Masjidil Haram sepanjang berada dalam tempoh haid.

Langkah ketiga: Saie

Saie tidak boleh dilakukan selagi anda belum menyelesaikan tawaf. Anda perlu menunggu sehingga diri suci daripada haid, melakukan mandi wajib dan tamat pusingan tawaf, sebelum meneruskan saie. Sekiranya anda datang haid selepas selesai kesemua tujuh pusingan tawaf, anda boleh meneruskan saie.

Langkah keempat: Tahalul

Tahalul atau menggunting sedikit rambut hanya boleh dilakukan selepas anda menyelesaikan kesemua pusingan tawaf dan saie.

Bagaimana niat ihram bersyarat?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haid tidak menghalang anda untuk berniat ihram. Namun, anda hendaklah berniat ihram dengan menyertakan syarat seperti, "Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang, maka jadi halallah aku." Maka, anda tidak akan dikenakan dam sekiranya tidak sempat menyelesaikan ibadah umrah tersebut sebelum tarikh pulang disebabkan halangan yang dihadapi.

Niat bersyarat bukanlah satu keharusan yang diberikan secara mutlak malah ia adalah pengecualian terhadap keadaan yang sangat mendesak yang menghalang jemaah menyempurnakan ibadah umrah. Wanita yang dalam tempoh haid semasa melaksanakan ibadah umrah dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa untuk bertahalul dan menunggu kepada satu tempoh sehinggalah diyakini tidak sempat menyelesaikan ibadah umrah. Harus diingat, sepanjang tempoh menunggu tersebut (sebelum tahalul), anda masih terikat dengan pantang larang ihram.

Sekiranya diyakini bahawa anda tidak sempat menyelesaikan ibadah umrah sebelum tarikh pulang, maka anda boleh bertahalul dengan bergunting atau bercukur bersama niat. Selepas itu, anda telah bebas daripada segala larangan ihram.

Related Articles

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Packages

Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850