Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

2024-08-23

Adab_Menziarahi_Makam_Rasulullah_(1).png

Menziarahi kubur sangat dituntut dalam Islam. Pada awalnya, Rasulullah SAW melarang untuk menziarahi kubur, namun akhirnya diizinkan dan diperintahkan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bersabda: 

نَهَيْتُكُمْ عن زِيارَةِ القُبُورِ، فَزُورُوها فإِنَّها تُذَكِّرُكمُ الموتَ

"Dahulu aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur, namun sekarang ziarahilah kerana ini akan mengingatkanmu akan kematian." - Hadis riwayat Muslim (1977); Ahmad (1378); al-Hakim (1388)

Kebiasaan bagi umat Islam yang diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji mahupun umrah sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW. Makam Rasulullah merupakan satu tempat istimewa di tanah suci yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah. 

[BACA: Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah]

Awalnya, makam Rasulullah SAW berada di luar Masjid Nabawi, namun setelah diperluasan masjid, makam tersebut kini berada di dalam masjid, tepatnya di sudut tenggara. Makam Nabi Muhammad SAW dijaga oleh pasukan askar dan tugas mereka untuk mengawasi jemaah supaya tidak terjadi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti menangis, meraung atau memuja di hadapan makam. 

Adab_Menziarahi_Makam_Rasulullah.png

Oleh kerana hendak menziarahi makam Rasulullah, terdapat beberapa adab menziarahi makam Rasulullah yang perlu kita lakukan menurut kitab fiqh terkenal mazhab al-Syafi’e ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e iaitu: 

  • Kita disunatkan  untuk berniat menziarahi Nabi SAW dan juga Masjid Nabawi ketika berada di Madinah untuk meraih pahala kedua-duanya.
  • Selain itu, kita juga dianjurkan untuk memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah sepanjang perjalanan. 
  • Selain itu, kita juga disarankan untuk mandi sebelum memasuki masjid dan memakai pakaian yang bersih.
  • Ketika tiba di pintu masjid, kita juga disunatkan untuk melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca doa: 

أَعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَبِسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنِ الشَّيْطَاِن الرَّجِيْمِ، بِسْمِ اللهِ، وَالْحَمْدُلله، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung, dengan zat-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Maha Qadim, daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya, dan sejahterakanlah mereka! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku.”

Menurut Imam al-Nabawi Rahimahullah, zikir dan doa ini disunatkan dibaca setiap kali memasuki masjid, berdasarkan beberapa hadis yang sahih. 

  • Selepas menunaikan solat di Raudhah, pergilah ke makam Rasulullah. Berdirilah menghadap dinding maqam, membelakangi kiblat, kira-kira empat hasta dari bahagian kepada Baginda. 
  • Dalam keadaan khusyuk, kosongkanlah fikiran daripada urusan dunia dan ucapkanlah salam perlahan-lahan:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهَ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَةَ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيرَةَ رَبِّ العَالَمِيْنَ. جَزَاكَ اللهُ يَا رَسُوْلَ اللهَ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَى نَبِيًّا وَرَسُوْلاً عَنْ أُمَّتِهِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلِهِ مِنْ خَلْقِهِ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ الأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدْتَ فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِ

Maksudnya: “Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”

Selepas itu, bergeraklah sedikit ke kanan ke kubur Abu Bakar al-Siddiq dan ucapkan salam:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرِ الصِّدِّيْقِ

Maksudnya: "Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar al-Siddiq."

Kemudian, lanjutkan ke kanan ke kubur Umar bin al-Khattab dan ucapkan salam:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا عُمَرَ بِنْ الْخَطَّابِ

Maksudnya: "Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin al-Khattab."

Selesai itu, kembalilah ke tempat permulaan. Menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan umat Islam. Ini adalah masa yang mustajab untuk berdoa, insya-Allah. Semoga perkongsian ini menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Yang lebih utama ialah mengamalkan sunnah Baginda yang sahih agar kita memperoleh keberkatan.

Related Articles

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Packages

Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy + Jeddah/Al Ula

From MYR6,490
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy + Jeddah

From MYR4,990
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850