7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

2024-08-26

Kota Makkah dan Madinah merupakan tempat yang sangat suci bagi umat Islam dan merupakan kota yang dikunjungi ketika menjalani ibadah haji dan umrah. Bahkan, keutamaan kedua kota ini banyak disebutkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Selain daripada mempunyai ‘Kaabah’ atau juga dikenali sebagai ‘Baitillah’, tahukah anda bahawa kota ini mempunyai tempat menarik yang boleh kita kunjungi setelah selesai melakukan ibadah umrah. 

Terdapat tujuh tempat menarik di Makkah yang boleh kita kunjungi. Selain dapat berkunjung ke tempat-tempat ini, kita juga secara tidak langsung mendekatkan diri kita dengan sejarah Islam dan memberi peluang untuk lebih menghargai perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda, suatu ketika dahulu. 

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah.png

Sucikan hati di Masjid al-Haram 

Selain mempunyai kiblat umat Islam iaitu Kaabah, pengunjung juga boleh melihat elemen masjid yang sangat gah. Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia dan juga bangunan paling mahal di dunia. Ia telah melalui pelbagai pengubahsuaian dan pembesaran yang besar sepanjang tahun. Masjid ini pernah berada di bawah kawalan beberapa khalifah, sultan dan raja, namun kini berada di bawah kawalan Raja Arab Saudi. Selain itu, masjid ini mempunyai 210 pintu dan antara lima pintu utama iaitu Pintu Ismail, Pintu Bilal, Pintu Bab Abdullah, Pintu Safa dan Pintu Raja Fahad. Kaabah juga menempatkan batu Hajarul Aswad dan hukum memegang batu ini adalah sunat. 

Anda boleh melawat Masjid Al Haram pada bila-bila masa. Tempat ini merupakan lokasi di mana seseorang dapat melepaskan diri daripada kehidupan duniawi dan menemukan ketenangan sejati. 

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(2).png

Melihat pemandangan keseluruhan kota Makkah di Muzium Menara Jam

Setelah puas menjelajahi Masjid al-Haram, anda boleh terus menuju ke Kompleks Abraj Al-Bait untuk melawat Muzium Menara Jam. Terletak di tingkat empat, pengunjung boleh menimba pelbagai ilmu mengenai sejarah Islam, Kota Makkah dan sebagainya. Menariknya lagi, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan 360 darjah Masjid al-Haram dan bandar lama Makkah yang sangat menakjubkan. 

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(3).png

Kilang Kiswah Kaabah

Terletak kira-kira 17km dari Kota Makkah, kilang ini yang bertanggungjawab menghasilkan kain Kiswah, yang merupakan kain hitam emas yang membaluti Kaabah. Kiswah yang berwarna hitam ini dihasilkan secara teliti serta dihiasi dengan ayat Quran yang disulam dengan menggunakan benang emas. Pengunjung boleh mengunjungi kilang ini pada hari Sabtu, Isnin dan Rabu. 

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(4).png

Jabal Nur 

Jabal Nur, yang dikenali sebagai ‘Gunung Cahaya’, sangat penting dalam sejarah Islam. Di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Mendaki ke puncak gunung memerlukan kekuatan fizikal, namun ia berbaloi kerana memberikan pemandangannya sangat menakjubkan.

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(5).png

Gua Hira’

Terletak 4km dari Kaabah, Gua Hira adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW merenung dan bermeditasi sebelum menerima wahyu. Gua ini terletak di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Tingginya adalah sekitar 270 meter, dan ia boleh dicapai dengan mendaki kira-kira 600 buah anak tangga. Meskipun Gunung Nur tidak terlalu tinggi, pendakian menuju ke Gua Hira melalui lereng-lereng berbatu dan kering memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Para jemaah yang mengunjungi Makkah sering kali mendaki ke gua ini sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka.

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(6).png

Bukit Arafah

Bukit Arafah adalah lokasi penting untuk para jemaah Haji, tempat di mana Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya. Anda boleh meluangkan masa di sini untuk mengenang detik bersejarah ini.

[Baca Sini: Hari Arafah: Kegiatan Sunah yang Boleh Dilakukan]

tujuh_tempat_Menarik_di_makkah_(7).png

Jambatan Jamarat

Jambatan pejalan kaki yang besar ini memainkan peranan penting untuk para jemaah haji. Di sini, para jemaah melontar batu ke tiga Jamrah sebagai sebahagian daripada ibadah haji. Jambatan ini dibina oleh kerajaan Saudi untuk memudahkan pergerakan jemaah.

Melawat tempat-tempat suci ini pasti memberikan ketenangan dan kesyukuran atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Pastikan jemaah umrah mahupun haji memasukkan tempat-tempat ini dalam jadual perjalanan umrah untuk pengalaman yang lebih bermakna.

Related Articles

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850