7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

9/26/2024

Jika anda salah seorang yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi, ikuti artikel ini untuk mengetahui 7 aplikasi penting ketika menunaikan umrah.

1. ikhlas.com

ikhlas.com_apps.png

Di dalam aplikasi ikhlas.com, ada menawarkan informasi berguna buat para jemaah umrah seperti waktu solat, arah kiblat, al-Quran dan panduan semasa umrah. Di dalam Umrah Guide seperti yang tertera di bawah, anda akan mendapat panduan penuh dari sebelum ihram sehinggalah tahallul. Anda boleh dapatkan aplikasi ini menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

ikhlas.com.png

2. Nusuk

Nusuk_apps.png

Seperti semua orang ketahui, aplikasi Nusuk boleh membantu anda untuk mendaftar masuk ke Raudhah. Pastikan anda sudah mendapat visa dan pasport bagi memudahkan urusan untuk mendaftar. 

3. HHR Train

HHR_Train_apps.png

Bagi anda yang ingin menggunakan Haramain High Speed Railway yang menghubungkan kota Makkah dan Madinah, tempahan boleh dibuat melalui aplikasi HHR Train. 

Ketahui Cara Menaiki Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Makkah 

4. Careem

Careem_apps.png

Di Malaysia, anda akan lebih familiar dengan aplikasi Grab.Careem juga mempunyai fungsi yang sama di mana ia dapat membantu anda untuk bergerak ke mana-mana dan memesan makanan selama anda berada di Arab Saudi.

5. Bolt

Bolt_apps.png

Bolt juga sama manfaatnya seperti Careem yang memudahkan anda bergerak ke mana-mana seperti melakukan ziarah, shopping complex, masjid dan sebagainya. 

6. MakkahBus

MakkahBus_apps.png

Aplikasi Bas Makkah ini disediakan oleh Suruhanjaya Diraja Kota Makkah dan Tapak Suci. Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk meneroka Kota Makkah. Tambahan pula ia menampilkan peta interaktif Makkah, maka mudahlah anda meramal ketibaan bas dan perjalanan anda. Laluan ini bertujuan untuk menghubungkan kawasan utama di sekitar Masjidil Haram daerah penting di Makkah, seperti kejiranan Al-Shuhada, Al-Kakiyyah dan Ju'ranah.

7. MadinahBus

Madinah_Bus_apps.png

Di Madinah turut mempunyai bas bagi memudahkan urusan jemaah dan pelancong yang datang ke kota ini. Laluan bas ini menghubungkan beberapa lokasi pengambilan utama termasuk Stadium Sukan, Durrat Al-Madinah, Sayed Alshuhda’, Universiti Islam, Kejiranan AlKhaldiha dan Bani Harithah.

Semoga aplikasi ini menjadi manfaat dan memudahkan jemaah ketika berada di Arab Saudi kelak. Jangan lupa untuk install dan set-up account terlebih dahulu untuk memudahkan urusan anda.