ikhlas.com menawarkan perkhidmatan aqiqah online yang mudah, berpatutan dan berkualiti untuk kelahiran baru anda. Pesan sekarang!

Kenapa pilih IKHLAS

1 mata airasia bagi setiap perbelanjaan RM2

Semak status Aqiqah dengan hanya 1-klik

Agihan diutamakan kepada yang memerlukan

Diyakini dan video penyembelihan boleh disertakan

Buat tempahan

Langkah 1

Pilih pakej Aqiqah anda

Langkah 2

Isi semua maklumat yang diperlukan

Langkah 3

Terima resit melalui emel

Langkah 4

Semak status atau tunggu sijil melalui emel

Liputan Aqiqah luar negara terbesar dengan 35 negara di seluruh dunia

Dipercayai oleh

Khidmat Aqiqah terbaik

Alhamdulillah atas perkhidmatan Aqiqah yang terbaik dari IKHLAS. Dedikasi mereka kepada pelanggan jelas terbukti dalam cara mereka menunaikan komitmen mereka. Saya sangat berpuas hati dengan proses yang lancar dan perkhidmatan yang telus mereka berikan dalam setiap aspek. Tanpa ragu, saya akan mengesyorkan IKHLAS kepada rakan-rakan dan keluarga saya.

Puan Yunita

Cybersouth, Malaysia

Aqiqah yang mudah

IKHLAS telah menjadikan aqiqah bagi anak saya begitu mudah. Dari tempahan atas talian hingga penghantaran tepat pada waktunya, mereka memahami tuntutan jadual saya yang padat. Kemudahan yang mereka sediakan tanpa mengabaikan kualiti patut diberikan pujian.

Puan Wan Kamariah

Banting, Malaysia

Aturan lancar, daging segar

Perkhidmatan Aqiqah dari Ikhlas telah melampaui jangkaan saya. Pengaturannya lancar, dan dagingnya segar dan disediakan dengan baik. Apa yang menyentuh hati saya adalah pilihan Aqiqah infaq mereka, berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Inisiatif yang menarik serta patut mendapat pujian yang tinggi.

Encik Emir

Kampung Tunku, Malaysia

Rakan kongsi kami

Soalan lazim

Apa Itu Aqiqah?

Aqiqah ialah ibadah penyembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Apakah Hukum Melaksanakan Ibadah Aqiqah?

Hukum melaksanakan ibadah Aqiqah ialah Sunat Mu’akkad (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Adakah Aqiqah Itu Amalan Tradisi Atau Adat Resam Orang Melayu?

Tidak. Aqiqah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang Melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan dan Hussain R.A.

Kenapa Kita Perlu Melaksanakan Aqiqah?

Kerana ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Siapakah Yang Bertanggungjawab Untuk Melaksanakan Aqiqah?

Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Bolehkah Orang Lain Mengaqiqahkan Anaknya (selain Ibu Bapa)?

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya. Dalil: Rasulullah saw sendiri melaksanakan Aqiqah untuk kedua cucunya iaitu Hassan & Hussain r.a. masing-masing dengan seekor kibas.

Bolehkah Melaksanakan Aqiqah Untuk Diri Sendiri Setelah Dewasa?

Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan Aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi Nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.

Apakah Kelebihan Melaksanakan Aqiqah?

-Pahala Aqiqah sebagai tanda syukur dan pahala mengamalkan sunnah Rasulullah saw. -Menzahirkan rasa syukur dengan nikmat dianugerahkan zuriat oleh Allah swt. -Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka. -Membolehkan anak memohon syafaat buat kedua ibu bapanya (tafsiran Imam Ahmad) -Menghindari anak daripada gangguan syaitan. (tafsiran Ibnu Qayyim Al-Jauzi) -Menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak. (tafsiran Imam Al-Khattabi) -Mengeratkan hubungan silaturahim jika mengadakan kenduri akikah. -Menghindari sifat kedekut dengan memberi makan kepada fakir miskin. Pelaksanaan Akikah di bulan Ramadan: -Menggandakan pahala melakukan kebaikan. -Pahala memberi makan orang berbuka puasa.

Apakah Haiwan Aqiqah Untuk Anak? Dan Berapa Ekor?

Kambing. Sunnah menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki, dan seekor kambing untuk bayi perempuan.

Bolehkah Laksanakan Aqiqah Untuk Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing Dahulu, Dan Seekor Lagi Kemudian?

Boleh, tak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan Aqiqah tersebut pada masa yang lain sesegera yang boleh, apatah lagi jika ianya telah diniatkan.

Bolehkah Laksanakan Aqiqah Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing Sahaja?

Boleh, Rasulullah saw mengaqiqahkan kedua cucunya Hassan dan Hussain r.a. masing-masing dengan seekor kibas.

Bolehkah Laksanakan Aqiqah Lebih Dari 2 Ekor Untuk Anak Lelaki Dan Lebih Dari Seekor Untuk Anak Perempuan?

Boleh. Lebih banyak daging yang disembelih, inshaa Allah lebih banyak pahala kerana lebih ramai yang dijamu makan dan lebih ramai menerima manfaatnya.

Bolehkah Melaksanakan Aqiqah Dengan Lembu? Ikhlas Ada Melaksanakan Aqiqah Dengan Bahagian Lembu?

Tiada dalil yang melarang untuk melaksanakan Aqiqah dengan lembu. Adapun kebanyakan dalil mengenai Aqiqah ialah pelaksanaannya dengan kambing sahaja berbeza dengan korban yang ada dinyatakan pelaksanaan dengan bahagian lembu. Di IKHLAS kami tidak melaksanakan Aqiqah dengan bahagian lembu.

Kalau Tak Buat Aqiqah Bahagian Lembu, Bolehkah Laksanakan Aqiqah Dengan Seekor Lembu?

Dalil pelaksanaan Aqiqah banyak menyebut sembelihan dengan kambing. Seorang anak Aqiqah nya dengan seekor kambing yang sempurna, maka boleh difahami Aqiqah seorang anak dengan seekor lembu yang sempurna tak menjadi masalah, kerana Aqiqah bukan seperti korban yang dibolehkan mengambil bahagian lembu. Cuma Aqiqah seekor lembu berbanding seekor kambing pastinya sedikit tinggi harganya. Malah boleh mendapatkan lebih banyak ekor kambing. Tetapi jika itu bukan masalah, kami boleh bantu untuk melaksanakannya.

Bagaimana Daging Aqiqah Diuruskan? Daging Aqiqah Dimasak Atau Diagih Mentah?

Daging Aqiqah sunnah dimasak terlebih dahulu untuk dijamu makan, sedikit berbeza dengan ibadah korban yang dagingnya diagihkan secara mentah. Tetapi di IKHLAS, tidak semua daging Aqiqah tersebut akan dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penerima-penerima yang kebiasaannya tinggal berjauhan dan di pedalaman. Dan biasanya daging tersebut akan dimasak jika ada majlis tertentu yang mengumpulkan penduduk setempat seperti majlis pengajian, walimah dan berbuka puasa.

Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan / Meninggal Dunia Sebelum Sempat Hari Ke-7 Kelahiran. Perlukah Buat Akikah?

Harus melaksanakan Aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukumnya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan Aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.