Umrah bersama IKHLAS menawarkan pakej yang berpatutan, mudah dan selamat. Terokai pakej yang bersesuaian dengan bajet anda dan rancang perjalanan anda sekarang!
Super Economy
Super Economy
MYR
4,990
Economy
Economy
MYR
6,490
Standard
Standard
MYR
7,390
Premium
Premium
MYR
8,090
Jelajah Istimewa Jeddah
Umrah Plus
MYR
5,590
Ramadan
Ramadhan 1446H
MYR
5,590
Eksklusif
Exclusive Trip with Prominent Indonesian Scholar
MYR
5,990
Istimewa
Pengalaman Umrah Eksklusif Bersama Juara Olimpik
MYR
7,490
Eksklusif
Trip Eksklusif Bersama Pendakwah Terkenal Indonesia
MYR
6,190
Umrah Mega
Umrah Esklusif bersama Datuk Rosyam Nor
MYR
5,490
Syukur ke hadrat ilahi. Saya dapat mengerjakan umrah pertama saya dengan lancar dan teratur. Terima kasih Ikhlas.
Puan Balqis Najihah
Kuala Lumpur, Malaysia
Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan ibadah umrah dengan lancar dan tenang. Saya sangat berpuas hati dengan pakej umrah Ikhlas. Segala keperluan dan kemudahan yang disediakan sangat membantu jemaah khususnya seperti diri saya yang baru kali pertama ke Tanah Suci.
En Muhammad Bakri
Kuala Lumpur, Malaysia
Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan ibadah umrah bersama Ikhlas dengan harga yang berpatutan dan dapat berziarah ke lokasi yang begitu banyak. Perkhidmatan yang memuaskan hati jemaah.
Puan Mahfiah Mustapa
Kuala Lumpur, Malaysia
Perkhidmatan yang disediakan oleh Ikhlas amatlah teratur dan mutawwif yang bertugas sangat ramah dan mudah didekati. Alhamdulillah.
En. Kamil Azim
Kuala Lumpur, Malaysia
We offer customised tours for medium to large groups - companies, clubs, school or families trips, we craft travel itineraries according to your needs.
Untuk kemudahan dan keselesaan jemaah umrah, hotel-hotel dipilih dengan teliti untuk berada lebih dekat dengan Haramain.
Sekiranya berlaku kecemasan, dapatkan rawatan dengan mudah dan pantas.
Tebus mata ganjaran anda untuk melancong, membeli-belah, makan dan banyak lagi di airasia Super App
Manfaatkan umrah anda dengan bimbingan daripada Mutawwif yang berpengalaman.
Nikmati perjalanan Umrah yang lancar dan tanpa kebimbangan bersama kami.
Apakah jenis pakej umrah yang ditawarkan?
IKHLAS Umrah menawarkan pilihan pakej yang berpatutan, selesa dan menyeluruh untuk memenuhi pelbagai keperluan jemaah serantau. Pakej terkini yang ditawarkan adalah:
• Umrah Super Economy (9 Hari 7 Malam & 12 Hari 10 Malam)
• Umrah Economy (9 Hari 7 Malam & 12 Hari 10 Malam)
• Umrah Standard (9 Hari 7 Malam & 12 Hari 10 Malam)
• Umrah Premium (9 Hari 7 Malam & 12 Hari 10 Malam)
Apakah yang termasuk dalam pakej Umrah saya?
• Elaun bagasi
• 5 atau 3 malam penginapan di Madinah
• 5 atau 4 Malam penginapan di Mekah
• 1 malam di Taif (Umrah Premium sahaja)
• Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
• Visa Umrah/Pelancong
• Insurans: Termasuk dalam Visa (Pelancong atau Umrah)
• Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan program perjalanan (kecuali Umrah Super Economy)
• Pengangkutan dengan bas untuk lawatan dan perjalanan seperti di dalam aturcara
• Set barangan eksklusif IKHLAS (kecuali Umrah Super Economy)
Apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 bagi perlaksanaan perjalanan mengerjakan umrah?
SOP Malaysia
1) Pastikan anda telah menerima 2 dos vaksin dan 1 dos penggalak (booster).
2) Sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19. Jika perlu, dapatkan surat pengesahan doktor.
3) Sediakan passport yang masih ada sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan, 4 keping gambar ukuran 4 x 6 cm dan buku suntikan ACYW 135.
Saya adalah kakitangan Capital A (AirAsia) juga dikenali sebagai Allstar. Adakah kadar istimewa dan bagaimanakah untuk membuat tempahan?
Allstars berpeluang menikmati diskaun istimewa untuk semua pakej IKHLAS Umrah. Berikut adalah kaedah untuk memohon:
Sediakan butiran di bawah sewaktu proses tempahan:
a. Alamat emel yang sah
b. ID Kakitangan
Harap maklum bahawa diskaun tidak terpakai untuk penerbangan lain. Allstars mesti menaiki AirAsia X sahaja.
Sila ambil maklum bahawa tawaran ini sah untuk warganegara Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Singapura dan Brunei sahaja pada masa ini. Untuk visa warga asing (Indonesia, Bangladesh) proses mengambil masa 30 hari operasi, sila elakkan membuat tempahan pada saat akhir sekiranya anda bukan warganegara Malaysia.
Apakah jenis visa yang disediakan oleh IKHLAS Umrah untuk para jemaah?
Visa umrah (*tertakluk kepada keadaan semasa dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi)
Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan visa?
Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 dan dokumen tambahan mengikut keperluan.
1) Passport antarabangsa yang masih sah laku iaitu 6 bulan sebelum tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2) 4 keping gambar untuk Visa Umrah bersaiz 4cm x 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. (Lelaki: Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
3) Pengesahan maklumat biometrik melalui emel yang didaftarkan.
4) Buku/surat suntikan meningitis ACYW135.
5) Salinan sijil suntikan vaksin Covid 19 dan dos penggalak (booster).
*Dokumen tambahan untuk bukan warganegara Malaysia sila rujuk dengan ikhlas.com
Apakah jenis vaksin yang diperlukan untuk menunaikan umrah?
1) 2 dos vaksin Covid 19 dan 1 dos penggalak (booster).
2) Suntikan meningitis ACYW135
Perlukah saya mengambil insurans tambahan?
Semua jemaah yang berdaftar akan ditawarkan insurans Covid 19 yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini sah selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi. Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan, kami amat menggalakkan berbuat demikian.
Bilakah kursus umrah akan diadakan?
Kursus umrah akan diadakan sebulan sebelum tarikh berlepas dan dikemaskini dari masa ke semasa kepada semua jemaah yang telah mendaftar.
Berapakah jumlah deposit dan bila saya perlu membuat pembayaran penuh?
Jumlah deposit adalah MYR1,000 seorang dan pembayaran penuh perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh pelepasan. Kegagalan untuk memenuhi syarat ini boleh mengakibatkan pembatalan tempahan dan deposit.
Bagaimana jika saya mengalami masalah kesihatan?
Jika jemaah mempunyai menghidap penyakit kronik dan perlu menjalani rawatan dialisis, contohnya, anda perlu memaklumkan kepada pihak ikhlas.com
Adakah pakej IKHLAS Umrah termasuk mutawif?
IKHLAS Umrah menyediakan mutawif warga Malaysia muda dan berpengalaman yang akan memimpin para jemaah sepanjang perjalanan sebagai ketua rombongan sewaktu aktiviti ziarah dan mengerjakan umrah.
Apakah aplikasi yang diperlukan sepanjang berada di Haramain?
Jemaah perlu memuat turun aplikasi IKHLAS & Nusuk pada telefon pintar mereka.
Bila boleh memohon slot ibadah umrah dan permit lawatan Raudah?
Permohonan slot ibadah umrah & permit lawatan Raudah boleh dibuat selepas aplikasi Nusuk telah diaktifkan dan tertakluk kepada kekosongan dan nasihat Mutawif.
Apakah had umur yang boleh pergi dan memasuki masjid?
Tiada had umur dikenakan ke atas pengguna visa pelancong dan juga tiada lagi had umur bagi kanak-kanak yang mengikuti keluarga untuk menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Penerbangan apakah yang digunakan oleh IKHLAS Umrah?
IKHLAS Umrah menggunakan penerbangan terus AirAsia X ke Jeddah atau Madinah
Apakah laluan yang tersedia?
Laluan yang tersedia buat masa ini adalah:
• MED-MED-MAK-JED
• JED-MED-MAK-JED
• JED-MEK-MED-MED
*Bergantung kepada pakej yang dipilih.
Berapakah elaun bagasi untuk setiap tetamu?
Semua syarikat penerbangan menyediakan elaun bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang. Semua orang akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk membayar lebihan caj bagasi.
AirAsia X
KUL - JED : 20kg x 1 bagasi + 7kg bagasi kabin
JED - KUL : 30kg x 1 bagasi + 7kg bagasi kabin
Apakah hidangan yang disediakan di Mekah dan Madinah?
Kecuali pakej Umrah Super Economy, semua pakej IKHLAS Umrah adalah fullboard termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Apakah jenis pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan dan lawatan semasa umrah?
Kami menyediakan bas eksekutif berhawa dingin untuk semua jemaah IKHLAS Umrah di Mekah, Madinah dan Jeddah.
Adakah harga, tarikh dan aturcara akan berubah?
Sila ambil maklum bahawa tarikh dan harga adalah tertakluk kepada perubahan. Sekiranya berlaku perubahan, IKHLAS Umrah akan menghubungi jemaah. Bagaimanapun, program berkemungkinan berubah pada hari lawatan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.
Bagaimana boleh saya hubungi wakil IKHLAS Umrah untuk pertanyaan lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklulmat lanjut, sila hubungi Hotline IKHLAS Umrah menerusi WhatsApp di +6010-5246864 atau emel ke [email protected].